orang ke tiga. curang. aku ke kau?



ha! bertumbuk.. ekeke. curang dalam hubungan selalu sangat kita dengar. selalu sangat terjadi.. kadang2 kita pun pernah tercurang. main mata,texting i love u i miss u , keluar tgk wayang dengan orang lain, makan2, opsss .... gurau. hehe.



Situasi 1 ( curang dan dah tak sayang )
perempuan : “apa kurangnya saya? kenapa awak sanggup menduakan saya?”
lelaki : "tiada kurang nya awak. saya y tak layak untuk awak, maafkan saya"

Situasi 2 ( curang tapi sayang )
perempuan : "awak boleh pergi. saya tak perlu orang tak setia"
lelaki : " saya bersalah , saya masih sayang awak! saya mahu awak"
perempuan : "jadi kenapa perlu wujud nya dia??!"
lelaki : maafkan saya .......

Situasi 3 ( tak curang, sayang dan setia )
perempuan : " saya mahu awak sayang saya seorang, saya mahu awak setia"
lelaki  : " jika awak setia, saya akan lebih setia "



nampak tak situasi tu.. curang, boleh berlaku dalam banyak sudut.. sengaja atau tak sengaja. manusia tak pernah lepas dari kesalahan. siapa kita untuk menghukum. respon dan reaksi apabila kekasih kita berlaku curang. menangis? lemah nya kita. 

hurm.. lelaki memang sifat nya boleh sayang perempuan dalam satu masa. tamak? agak nya. hehe. korang pernah rasa tak yang hak korang di ambil? rasa nak lempang tak orang tu?  cool.. cool. hehe. 

cara hadapi org ketiga? i see.. ni dalam situasi pasangan kekasih la kn..aku letakkan situasi lelaki yang curang. sebab selalu nya memang lelaki pun y curang . werkkk ;p  kalau dah jadi suami isteri, memang rumit.. kecewa nya jangan cakap. double.


Cara nya? hurmm :)

aku bahagikan org ketiga ni pd DUA JENIS. pastikan org ke -3 tu jenis y mana 1. 

1 : orang ke -3 wujud sebab pakwe kau memang gatal. kaki pencurang.                                                                            

2 : orang ke -3 wujud sb perempuan tu mmg desperate nk pakwe kau. tp pkwe kau xlayan.


based on kategori ni, korang boleh selesaikan masalah. kalau orang ke -3 jenis y pertama, LET HIM GO. kita akan letih untuk pertahankan orang yang tidak sayangkan kita. kalau dia sayangkan kita, mengapa perlu ada orang lain.. seseorang tu takkan mudah berubah. dia akan ulang perkara yang sama. selagi dia xpunya kesedaran bertapa ramai orang y mungkin ikhlas sayang kan dia. rugi. TAPI, tak salah kalau pertahankan sesuatu hubungan tu, mungkin lelaki tu telah buat kesilapan dan menyesal. atau jika kita terlalu sayang kan dia.. hurm , jadi?

kalau orang ke -3 jenis yang kedua. biasa nya perempuan ni macam melukut di tepi gantang. menunggu bulan jatuh keriba. mencuba nasib kot2 pakwe korang beralih kasih ke dia. mak ai. malu nya . lagi satu ! umpama hidung tak mancung pipi tersorong2.  based on jenis ni, kita kena PERTAHAN KAN kekasih kita. dont be a weak women. pertahankan apa y kita sayang. kalau perempuan tu tetap gedik, apa kata bagitau mak bapak dia. tolong jaga anak, bia ada adab dan hormati hak orang.


Tanya pasangan

pernah tak dengar ?  " menipu untuk menjaga hati" . hurm.. bagi aku ni la ayat yang paling bangang sekali kat abad ni. tapi ada betul nya... bila kita letakkan diri kita ditempat si pencurang. "manusia hanya boleh mencintai sementara" . tak mustahil, kasih sayang kita akan beralih arah.. hati yang punya rasa. dan dia menipu kerana tak sanggup lukakan kita. jadi, salah siapa? hurmm.. 

kalau kita rasa kita tak boleh, tak mampu nak buat keputusan, pertahankan atau lepaskan.. cara nya, tanya pasangan kita , apa yang dia mahu, siapa yang dia sayang, siapa yang dia pilih? minta dia berkata jujur.

masa ni.. perlu kuat.. lapangkan dada untuk menerima sebarang keputusan yang dibuat oleh pasangan. if keputusan pasangan menyebelahi kita iaitu  keputusannya adalah memilih kita, jadi bersyukurlah. tersenyum dengan manis kerana ternyata cintanya hanya untuk kita, y xkan tergugat dengan kehadiran walaupun 10 orang ketiga :)

andai ditakdirkan pasangan memilih orang ketiga, redhakan dan teruskan hubungan silaturrahim dengan baik, bukan dengan bergaduh dan menyimpan dendam y membara. mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka di masa akan datang. tiada guna memaksa orang yang sudah tiada rasa untuk kita. hanya membazirkan masa. sb kita sendiri menderita kerana kita memegang terlalu kuat tali y sudah putus


Tenangkan diri?

solat istikharah... satu - satu nya cara yang terbaik untuk tenangkan diri untuk membuat keputusan yang terbaik. selalu nya, hubungan akan goyah bila wujud nya orang ketiga , perasaan tak percaya akan mula wujud dalam hati.. "betul ke dia sayang aku?" "betul ke dia takkan curang lagi?" "adakah dia sudah menyesal?" berpusu- pusu soalan masuk ke kepala. jawapan tak ada.  jawapan nya kita minta pada Allah. :)

kita memang manusia biasa yang selalu terlupa kepada Yang Maha Pencipta. mungkin Allah bagi kita masalah sebegini kerana Allah nak bagi peluang kepada kita untuk mengingatiNya. moga kita mendapat petunjuk yang kita kehendaki. Amiin.


bila dia ada orang yang kedua. betul ke kasih sayang yang dia beri pada kita selama ni, betul ke dia sayangkan kita? fikir kan . 

bila kita dengar lelaki berkahwin lagi. marahnya kita. kecewa kita.. tapi bila fikir semula. antara dua situasi "dia berkahwin lagi" "dia TAK berkahwin lagi, tapi membuat perkara maksiat di luar" yang mana lagi luka? yang mana lagi berdosa. 


semoga dijauhkan kita dari ujian y sangat menguji .. semoga kita saling setia. 


amin..

terima apa yang akal dah faham




relationship never die a natural death. 


they are always murdered by attitude, behavior , ego an ignorance


ignore each other


glass that have been broken once .


leaving u for no reason . that ignorance


the bullet goes straight into the dying heart


jatuh ,  retak


it can’t be fixed anymore if it fall for a second time.










kadang-kadang kena beri masa pada hati, untuk terima apa yang  akal dah faham