KAU HAK MILIK AKU SEORANG




kau hak aku la, aku berhak nak tentukan apa yang boleh apa yang tak boleh. kau kena ikot cakap aku, sebab kau boyfren girlfren aku. perghhhhh.. ni situasi apa ni? mengongkong, dikongkong.  derrr, soalan aku la kan, lelaki atau perempuan kuat mengongkong? sape kate perempuan sahaja? puih memang tak la der. buat si pengongkong, wehh kau tak rimas ke? buat yang dikongkong , derrr tak kesian kat diri sendiri ke? betol ke semua ni tanda dia terlalu sayangkan kita? aku letakkan pada situasi


lelaki: nape lambat jawab tepon? pegi mane?
perempuan: tadi g kafe fon tertinggal dalam bilik.
lelaki: tipu, kau pergi menggatal la tu kan, sb tu tak bwk fon
perempuan: .......


kenapa,mengapa? kenapa mesti ada sikap y macam ni. bagi aku la kan, dalam bercinta, atau dari semua segi perhubungan pun mesti ada batas dan privacy untuk diri. xbole terlalu mengongkong, tak bole terlalu lepas tangan. first aku nak cakap pasal lepas tangan.derr, maksud gua bukan lu lepas tangan dia. tapi sikap yang terlalu memberi kelonggaran. kau biar dia buat je apa dia suka sampai pasangan korang rasa terabai sungguh


lelaki: hari ni aku nk pergi jalan-jalan dengan kawan perempuan. perempuan: ooh, okey have fun. hati-hati kua :)
lelaki: .....

mesti terdetik kat hati si lelaki " dia ni tak cemburu pun, biar je aku keluar dengan perempuan lain,ni mesti dia bukan betol sayang aku " wehh der, perempuan memang ada yang jenis ni, sapa kata semua perempuan kuat mengongkong. tak semua der. 80% mengongkong, aku dalam linkungan 20% . bajet tak gua wahahah. 


aku suka bercinta stail single. maksud bercinta stail single? meh sini aku terangkan, the friendship remains. perasaan tak kelihatan oleh orang lain but at the same time, we know who we are. CANT OVERACT.sayang dengan sederhana, tak cemburu buta,tak mengongkong. sebab dari awal dah decided untuk not to tie a relationship.sape kata ini ciri orang y xnak terikat dengan komitmen, cenderung curang, iaitu orang y tak mahu tied a relationship. derr, kalau kau buat publish in relationship kt facebook bagai, publish satu dunia bagai, kalau kau nak curang kau curang jugak. 


second aku nak bagi situation pasal terlalu mengongkong. ini tak boleh itu tak boleh. habis apa je y bole buat? kau pernah dengar tak , aku tak tau la peribahasa ke perumpamaan "kalau kita sayangkan sesuatu, jangan terlalu mengenggam dengan kuat, nanti ia akan pecah di tangan kita sendiri". kalau kau sayang kan seseorang tu, tentu kau tak nak hubungan kau pecah berderai.


lelaki: nak pergi mana-mana, wajib bagitau aku.
perempuan: aku nak turun sogo jap jumpa member.
lelaki: lelaki ke perempuan?
perempuan: kawan girl, boleh kan ?
lelaki: tak boleh, aku tak izinkan.

lelaki: kat mana tu? dengan siapa?
perempuan: kat cafe, baru nak makan.
lelaki: apehal aku dengar suara lelaki kat situ! kau menggatal ye
perempuan: ......

lelaki: bak kau punya pasword email, fb, twitter, segala laman social bagai y ko ada.
perempuan : ******** ni pasword nye.
lelaki: jap aku nak p bukak, kang ko tipu aku
lelaki: ni sapa ni, nama adam mukriz, izzul islam, scandal kau ye!
perempuan : .......

lelaki: bak sini henfon, nak tengok kejap.
perempuan: nah, amek la,
lelaki: ni mesej siapa ni? hari-hari ke mesej ngan laki ni?
perempuan: kawan sekelas.
lelaki : ahh kawan sekelas pon aku tak suka.


kau tengok si lelaki ni, member pompuan pon tak boleh. si perempuan da macam isteri kau dah. kena mintak izin bagai. segala pasword mintak, segala mesej dibuka walau mesej sebulan y lepas. tak dibenarkan berkawan dgn mana-mana lelaki pon walaupon classmate korang. kenapa mereka ni cenderung bersikap macam ni. gua hairan jugak, tapi from a research la the reason people become possessive is due to their insecurity,takut kehilangan cinta mereka, fear of being alone, immaturity and distrust. der, umo yang 23. 24. even 30 tahun pun bukan tanda pengukur tahap kematangan


siapa kata sikap macam ni tanda dia terlalu sayang. der, sayangkan orang berpada-pada. mengongkong, tak bole kua dengan kawan lelaki, tak bole mesej dengan kawan lelaki, tak bole jalan g kelas sama-sama dgn kwn lelaki, selalu dituduh curang walau setia,perkara baru yang aku belajar, either you control ur attitude, or it controls u. ur backgrounds and circumstances may have influenced our lives, but we are RESPONSIBLE FOR WHO WE BECOME. dengan sikap-sikap macam ni la buat relationship tak kekal lama. again, kalau kepercayaan kat diri korang untuk pasangan hanya ada 0.01 %, sila jangan bercinta


bagi aku simple ,dalam relationship ni, kena ada rasa tanggungjawab, so if niat nak curang pun, mesti akan terfikir rasa tanggungjawab dekat pasangan masing-masing. rasa bersalah nak buat tak baik belakang pasangan. kalau semua orang boleh apply semua ni dalam hidup maka takkan jadi la masalah kau kongkong aku, aku kongkong kau. kau curang aku pun curang. so kita kena jadi manusia yang ada rasa tanggungjawab. KEPERCAYAAN,KESETIAAN,KEJUJURAN ,ini pakej.kalau salah satu tiada, maka cinta tu xda makna. jadi, sila percaya pada pasangan, if pernah kecundang sb sikap ni, maka berubah lah ;)

7 comments

Sunday, May 06, 2012 4:08:00 AM

terbaik entry ni, sukalah.... tp situasi laki tu nak kluar jmpe member popuan pnh jd kt mai, jawapan mai mcm popuan tu.erkkk tak tau plak laki tacing kalau tak cemburu T___T

Sunday, May 06, 2012 4:59:00 PM

terbaek! :)

Sunday, May 06, 2012 7:27:00 PM

btol3.percayalah pasangan anda ...knp asyik lelaki je brsalah ?

Sunday, May 06, 2012 8:26:00 PM

yess!! sokong. aku pun suka style bercinta gaya single. Haha. Tapi lagi bagus lepas nikah la becintaa.

Tuesday, May 08, 2012 4:08:00 PM

baik single je drpd dikongkong.. kalu bf dh mcm ni, kahwin nt cmne la ye gamaknye.

Tuesday, June 05, 2012 1:24:00 PM

agreed with this entry :)

Anonymous
Tuesday, July 02, 2013 4:30:00 PM

Kuar ngan kawan tu dia pernah minta izin,kawan sekelas dia je,izin kan tapi dalam hati makan dalam..rasa bak tumbuk ja muka perempuan tu,

Post a Comment