AKU BERJAYA GENGGAM SEGULUNG DIPLOMA MICROBIOLOGY



alhamdulillah.. semalam. after check result, aku terus rasa nak menjerit. arghhhhhhh.. aku dah abes belajar , sambil melompat >_< . tapi memandangkan jam da 4 pagi, aku jerit dalam hati je lah. imsomnia. aku memang susah tidor malam, maka bangon kol 12 tengahari. err.. naseb ade insan baik hati selalu kejot aku solat subuh, selain jam loceng. maceh.huu


kali ni, tengok result tak secuak dulu-dulu. kali ni dengan bangga je bukak emel, sebab practical just ade LULUS atau GAGAL je. dah sure la aku lulus. wahahahah. dah dapat genggam diploma, aku nak genggam degree pulak. degree here i come. muahhh. ehhhh. awat gedik sangat gua hari ni =-=' puihh


microbiology adalah cinta hati aku sejak zaman sekolah lagi. tak sangka sangat dapat capai apa yang aku nak.   aku rindu nak tido dalam kelas ag. ohh kantoi. terima kasih pada kawan-kawan yang dah warnai hidup aku kat uitm pilah. every person touch my life in their own special way . hah, ini entry bergambar. hari ni, word word aku wordless. aku speechless


My Graduation  Day

me now officially diploma in microbiology holder !


my future wishlist : nak gemok! ho yeah , der gua tak main-main la, bosan sudah kurus macam tak cukup makan. huhu. 3 tahun akan datang, aku akan pastikan yang aku dah genggam segulung ijazah dengan cemerlang. after this nak keje before sambung degree. ohh duit ke mari kau. hehe. nak beli dslr weh, dah lame aku kempunan.pasni nak buat bisness sambil belajar. nak berdikari sungguh! aku nak upgrade kereta ,jadi keta honda civic type R. idaman tu gua tu. gua jeles giler bila gua turun basement HUKM tu doctor pakai keta gempak-gempak. berdarah hidung gua. perghh ganas tak gua? err~ kumpul duit banyak-banyak ,because there's a place that i really wanna go. 1 of my HALA TUJU.


my word : di setiap langkah aku,ada insan-insan yang sangat bermakna ;)

MANUSIA EGO MAHAL AIRMATA




sapa kata ego tu tak bagus? eh bagus ke? tanya kat diri sendiri balik. orang yang ada ego akan selalu meletakkan pride dia ditangga teratas. tapi satu point yang aku bangga jadi ego,  sebab lagi bagus jadi manusia ego yang mahal airmata, dari jadi manusia yang murah airmata, airmata palsu. back up diri sendiri. tapi aku setuju la dengan korang y ego ni tak bagus. tak bagus langsung. ego is killing us inside. ego ni sejenis perasaan, err tak nak kalah!


"ye laa.aku xselalu betol, tapi aku tak pernah salah"


ayat mintak penampar. orang ego, dia susah nak mintak maaf, walau dah terang lagi bersuluh lilin yang diorang salah! mati - matian carik point untuk salahkan orang lain. ini memang tahap kronik! sila lah ubah sebelum anda berumur 40 tahun. sebab sifat tu akan kekal, kalau tak usaha ubah. 


ok, atas ni hanya mukadimah aku nak kenal kan manusia ego. apa yang aku nak kongsi sekarang, tentang seorang manusia yang punya ego tapi punya cinta! dah la kau ego, pasangan kau lak keras kepala.


izzul : nape kau senyap je arini? mesej tak col ape kan lagi.
imanina : aku senyap, sebab kau senyap, kau pun tak msj aku.
izzul : aku tak mesej sebab kau tak mesej. asyik aku je msj kau !
imanina : kenapa kau tak bls mesej aku?
izzul : saja, nak balas balik. nak bg kau rasa apa aku rasa.
imanina : aku rindu kau, aku dah mesej dulu kan hari ni.
izzul : tu la aku rasa. tp aku xsuka buat aku rasa terhegeh-hegeh


memang aku saja letak panggilan aku kau. err aku tak berapa nak masuk kalau panggil abang sayang bagai. dah lama aku tinggalkan panggilan macam tu. heh. kau ingat takde ke kapel yang macam ni?? ade weehh, bercinta tak semua sweet indah macam kat taman bunga. damn.psl mesej pon nak gaduh. 


tapi kalau korang perasan, pasangan ni saling sayang sebenarnya, tapi diorang ada ego. ego nak cakap rindu, padahal diri masing tau yang diorang sayang each other. kadang-kadang sampai 2,3 hari tak contact sebab ego tak nak mesej dulu. wahahah. memang macam bebudak, tapi perasaan tu bukan bebudak weh. perasaan rindu di selami rasa sakit hati sebab dia tak contact kita dulu. what the, complicated sungguh cinta manusia ego.


imanina : aku rindu kau sebenar nya.. aku malu bila cakap macam ni.
izzul : aku xtau la sampai bila kau camni. malu dgn perasaan sendiri.
imanina : kau pon sama, kau xcakap pon kau rindu aku.
izzul : aku xcakap sebab tunggu kau cakap dulu.


nampak tak situasi tu? manusia ego ni, dia malu nak luahkan perasaan sendiri. dia rasa macam maruah dia jatuh bila dia mengaku. walau hakikat sebenar yang diorang dah kapel pun, malah dah kenal bertahun-tahun lama


izzul : dalam hati ( aku xkan mesej dia) biar dia rasa tp aku rindu..
imanina : aku xnak msj dia ( sambil tahan airmata dan sakit hati )


nampak lagi tak situasi ni? manusia ego. dia rela sakit, dia rela tahan rindu dia dari mengaku. unik kan ciptaan Allah? perasaan yang sama, tapi manusia membawa dengan cara yang berbeza-beza. ada orang gembira dan senang mengatakan kat pasangan, "saya rindu awak" tapi susah untuk manusia ego.


lagi sedih bila putus cinta sebab ego. dan akan terus ego, walau masih rasa sayang. masa kapel pon ego nak mengaku, ape kan lagi dah tak da hubungan. dalam mimpi je la weh. situasi izzul dengan imanina tu akan jadi macam ni.


hati imanina  :

kita terserempak hari ni. tapi aku tak pandang kau. aku jalan terus kedepan. seperti kita tak pernah kenal satu sama lain. aku takut nak mulakan semua ini sekali lagi. aku tak tahu kenapa aku takut nak katakan pada kau yang aku sayangkan kau. lidah aku beku kelu untuk luahkan kata tu.aku sayang kau.tapi aku hanya menjerit di dalam hati.

hati izzul :

ketika kita terserempak, kau tak pandang aku. langsung tidak. hati aku rasa pedih. sayang itu aku sembunyikan hingga tiada siapa tahu, aku berusaha keras untuk menyembunyikan airmata aku. aku berpusing tanpa memberitahu kau yang sehingga ke hari ini aku masih di sini. mengisi hati aku dengan airmata, aku meletakkan rasa sayang itu di dalam hati aku kerana kita tidak boleh bernafas udara yang sama.


p/s : kau nampak tak yang situasi ni dua-dua tengah kecewa, tanpa diorang sedar yang diorang sama-sama sayang.  perkara yang akan buat kau menyesal adalah bila kau berpura-pura  tidak suka  atau benci dia sedangkan kau mencintai segala apa sahaja yang dia lakukan. akhir kata, susah bila jadi manusia ego mahal airmata. jadi ubahlah <- aku menulis sambil menuding jari ke muka sendiri. 

PILIHAN : jadi diri sendiri, atau palsu?





selalu kita dengar kata-kata ni, "jangan jadi hipokrit, jadilah diri sendiri" tetapi tak semua orang boleh terima diri kita, kadang kala ada yang memuji, kadang kala ada yang mengeji. fitrah manusia, tak pernah puas dengan apa yang mereka lihat, dia ini begitu, dia itu begini. bla bla bla dan bla... banyak mulut-mulut yang bersuara dibelakang, disebalik senyuman manis dihadapan. terlalu banyak lakonan. kadang kala aku hairan dengan manusia begini. ada... mesti ada. diantara seribu rakan-rakan kita. ada satu yang begini. belum dikira dengan manusia yang tak pernah mengenali kita, tetapi menghakimi seperti dia kenal kita 20 tahun lama nya.


setiap orang punya hak memilih siapa diri dia. seorang yang pendiam , seorang yang pemalu, seorang yang peramah. mahupun seorang yang annoying (ini xboleh pakai). bagi aku FAKE itu kadang kala perlu, tapi bertempat. mungkin kita perlu jadi fake, untuk bahagiakan orang lain, mungkin. tetapi sebelum menjadi palsu, tanya pada diri sendiri, sejauh mana aku mampu? ikhlaskah aku membahagiakan mereka? sanggupkah aku terseksa kerana mahu melihat mereka bahagia? ikhlaskah?


baik, aku cuba meletak diri aku pada situasi ini. aku pernah jadi seorang yang pendiam, aku pernah menjadi seorang yang pemalu, aku pernah menjadi orang yang peramah. dan aku pernah menjadi orang yang nakal! kenapa terlalu banyak? kecelaruan identiti kah? no. bukan macam tu, tapi dari satu fasa yang pendiam dan pemalu aku cuba berubah. dan hasil nya diri aku  


situasi 1: aku kembali mengupas memori yang aku tinggalkan, 3, 4 tahun lepas. siapa aku dahulu? diri aku sendiri atau hanya palsu? di rumah, sesiapa pun susah nak dengar aku bersuara. aku dikatakan pendiam, adik beradik, mahupun sedara mara. "ima ni pendiam betol, xmacam kakak dia"aku hanya tersenyum. tidak mengangguk, tidak menggeleng. itu kah diri aku sebenar? TIDAK. di sekolah? aku pelajar yang nakal, banyak cakap, mengorat cikgu itu aku, mengusik cikgu itu aku, melawan cikgu juga itu aku. kenapa aku berbeza? kerana ada banyak sb mengapa aku begitu. kerana di rumah aku di bayangi kakak sendiri, dia bagus itu, dia bagus ini, aku? aku tidak bagus itu, aku tidak bagus ini.aku memendam rasa,sb aku nak kakak aku bahagia.  

tapi lama kelamaan, aku seksa. sakit memendam rasa. jiwa memberontak. soalan aku. jadi baguskah dan rela kah kita menjadi palsu selama nya? 


situasi 2 : bila aku masuk dunia universiti. dalam diri aku tiada kepercayaan. bagi aku manusia ini palsu. bagi aku, aku boleh sendiri. aku rindu zaman sekolah aku, rakan -rakan yang aku kenal sejak darjah satu lagi, aku rindu wajah itu. jadi aku tak perlu wajah-wajah baru. fasa ini baru aku kenal, manusia yang tidak senang dengan apa yang kita lakukan. aku dengan sikap aku yang menyendiri. pergi makan sorang-sorang, pergi kelas sorang-sorang. sebab aku tak percaya kan sesiapa. aku lebih rela sendiri dari punya kawan y indah hanya pada zahir,tapi bukan di hati.ahh,mungkin aku terlalu prejudis waktu itu. 

suatu hari, ada seorang lelaki yang menegur, sungguh dia berani. duduk ditepi aku dan berkata "kenapa jadi macam ni? kita bukan hidup sorang-sorang. cuba pandang sekeliling. tak semua orang seperti yang kita fikir. masih ada yang benar-benar ikhlas".dan hati aku berkata. aku harus berubah.


situasi 3 : aku cuba berubah, dah berani tegor orang. dah berani senyum, dah berani pandang mata orang. walau kadang-kadang ada wajah yang terkejut. why? dan bila aku bersuara, ramai yang bagi respon. "ima, aku ingat kau sombong, rupa nya kau kelakar lah" . aku? aku gembira dengan perubahan positif itu. melihat gelak ketawa mereka, yang buat aku turut sama bahagia. aku dah tak membezakan. lelaki dan perempuan bagi aku sama. bukan seperti dulu, aku y trauma dengan sikap-sikap perempuan. Alhamdulillah betol kata-kata itu, di sini masih ada yang benar-benar ikhlas.tetapi ada juga yang mengeji.


"amboi kau banyak scandal" 

"alah dia tu, semua lelaki dia nak"

bila ada yang menyampaikan ini dan ini. aku tak tahu, aku harus tersenyum atau aku harus menangis? dan betol lah, tak semua orang akan suka dengan apa yang kita lakukan. dan memang wujud mereka yang palsu, tetapi aku bersyukur kerana masih berjumpa mereka yang ikhlas.


situasi 4 : bila ada y berkata begitu, aku cuba berubah lagi, aku cuba puaskan hati mereka itu. aku tak lagi berkawan dengan lelaki-lelaki. kerana aku sedih bila ada yang mengata. mungkin betol kata mereka, aku harus berkawan dgn perempuan sahaja! aku jalan tunduk memandang tanah setiap kali pergi kelas, tidak mahu lagi memandang wajah-wajah lelaki y pernah bergelar sahabat.aku biarkan pangilan-panggilan itu.tetapi ada situasi yang buat aku rasa mahu ketawa.


"ek eleh sombong betol, bajet betol dia ni" perghhhh kasar nya bahasa, aku sabar dan aku berlalu seperti aku tak dengar kata- kata itu. 

"nama siapa? napa jalan tunduk je?" kadang-kadang, "hai" dan aku terus menundukkan pandangan. terus adam itu menunduk juga, memandang wajah aku. bersungguh! tahu tak aku mahu menjaga pandangan mata  =-=' 


situasi 5 : aku muhasabah diri. kita tak dapat nak puaskan hati semua orang bukan? aku bertanya , kenapa perlu aku jadi begini dan begitu untuk mereka yang tidak ikhlas menerima diri kita?  sampai diri sendiri jadi tak menentu. jadi aku cuba mengumpul yang positif, dan membuang yang negatif. hidup sendiri itu bagus, tetapi aku tak berpeluang berjumpa dengan mereka yang ikhlas. jadi aku akan rugi. aku kekalkan diri aku yang sekarang, sebab aku bahagia aku begini. melihat gelak ketawa rakan, melihat senyuman keluarga, melihat senyuman orang y aku sayang, dan akhir nya aku pun turut sama tersenyum. dan syukur aku rasa bahagia ;) 


jadi pilihan kita? diri sendiri atau palsu. orang yang benar-benar ikhlas akan menerima siapaun kita, pendiam, pemalu, peramah atau apa sahaja selagi ia nya tidak mendatangkan keburukan.  mengambil dari sudut positif ,palsu itu perlu jika kita dalam langkah berubah kearah yang lebih baik. insya Allah. niat itu segala nya ;)

wahai hati.. jangan kamu mati..





pohon semalu itu.. sering dipijak-pijak.. hidupnya hanya di pinggiran. ramai orang melalui kisah yang sama. hanya watak yang berbeza. sama ada dia menjadi pohon semalu yang berduri dan sentiasa dipijak, ataupun dia menjadi seseorang yang memijak.. dan mungkin tidak merasa sakit sedikit pun, mungkin kerana dia tidak punya perasaan. 


gadis itu merenung jauh kehadapan.. dia tidak mahu menjadi pemijak, menyakiti pohon semalu.. seperti manusia yang tidak punya hati untuk melukakan sesiapa pun. tetapi, dia juga tidak mahu menjadi seperti pohon semalu yang hanya dipijak-pijak, walaupun dia punya duri, namun durinya kecil.. tidak mungkin mampu pertahan kan diri.


dirinya hanya insan biasa.terkadang kesilapan sentiasa berlaku. terkadang kebaikan membawa tuah. "awak adalah yang terbaik". ada tutur kata dari insan lain untuk dirinya. gadis itu berterima kasih atas penghargaan itu. tetapi tidak bererti dirinya mampu melakar sejuta bunga dihati insan itu. kerana dia sedang merawat luka. mungkin hanya dengan tersenyum dapat meleraikan sekelumit perasaan yang menjeruk rasa.


untuk kali pertama mata gadis itu melihat satu kisah yang membuat dia diam membisu... kelu. membiarkan hati mentafsir sendiri. apa yang sedang terjadi? mengapa ia terjadi? kenapa mesti mereka bertemu jika akhirnya membuatkan airmata mengalir tidak berhenti? gadis itu sangat letih.


gadis itu merasa gelap gelita. dia terduduk sepi. dia memandang pada renungan yang amat jauh. jauh sekali. tetapi mungkin ia tidak menjanjikan apa-apa. Ya Allah ... salahkah gadis itu yakin pada takdir. kerana dia juga cuba meminta, berdoa, dan berserah.. agar semuanya kembali tenang. gadis itu sedar siapa diri nya. dia sujud pada alas keinsafan dan cuba membawa hati ini padaMu. andai kisah itu benar. di panjat syukur pada Mu. tetapi andai kisah ini sebaliknya. labuhkan lah tirai pentas itu. agar gadis itu tidak lagi merasa sakit dengan apa yang telah berlaku. gadis itu kini selalu membaca, hari ini dia terbaca sesuatu, tentang hati.


hati manusia dapat dibahagi kepada tiga jenis.  iaitu :

1) hati yang mati :  iaitu hati y lalai dan tidak pernah mengingat Allah. 

2) hati yang sakit : iaitu hati yang sedang bermasalah kerana sedikit mengingat Allah dan kerap melakukan maksiat. keadaan hati ini lebih baik daripada hati yang mati. hati ini masih tersimpan kerinduan untuk kembali pada-Nya, sedangkan hati yang mati telah terkunci rapat. 

3) hati yang sihat : iaitu hati yang hidup dan bercahaya kerana sentiasa berzikir pada Allah, menjauhi larangan-Nya, dan menjalankan perintah-Nya. "Dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah".


astagfirullahalazim. Ya Allah. sebak hati gadis itu... hatinya sakit kerana sedikit mengingat Allah. kadang dia terleka dengan permainan yang hanya indah pada zahirnya. sungguh.. hatinya sakit. tetapi dia bersyukur, kerana hatinya tidak mati. hatinya masih rindu untuk kembali padaNya. 


wahai hati.. aku mahu kamu kembali sihat..

kisah sebutir bintang






suatu hari pernah aku dengar sebutir bintang berbicara pada bulan “aku tidak ingin lagi menemani mu..  mulai malam ini dan seterusnya” katanya.


mengapa?” tanya bulan.. “padahal aku menyintaimu... aku menyukai malam-malam aku dimana kau ada.. dan menemani ku hingga fajar menjelang kata bulan lagi..

tetapi bintang itu hanya diam meredup dan dia  bersembunyi di balik gelapnya malam. selepas bulan berbicara dengan nya, bintang itu pergi menghilang . bintang kesedihan mengetahui ada matahari diantara mereka.


bintang itu mencintai bulan. tetapi adakah benar  bulan juga menyintainya seperti diri nya. jadi siapa pula matahari diantara mereka ? kenapa bulan tidak membencinya sahaja, tetapi bulan menyatakan menyintainya sehingga bintang tidak mempunyai alasan untuk tidak menemani nya malam nanti. 


bintang yang sinarnya paling terang adalah bintang yang berwarna biru. tetapi bintang yang sedang aku ceritakan hanyalah sebuah bintang kecil yang berwarna merah. sinarnya sedikit. kerana itu ia tidak pernah dapat mengumpulkan keberanian  berkata pada bulan “Aku mencintaimu!”.


pada bintang, bulan mencintai matahari, kerana ia dapat membuat bulan bersinar indah diwaktu malam. ia membuat bulan selalu ditunggu oleh para pencinta malam. ia membuat bulan selalu dinanti oleh para pujangga yang menulis berbait-bait puisi tentang cinta.. tetapi bintang hanya dengan di lihat di langit malam. kadang ada, kadang tiada.. hanya anak-anak kecil menunggu kehadiran bintang agar dapat bermain-main dilapangan  kampung. 


bintang merasa tidak mendapat keadilan. bintang mencintai bulan dengan sepenuh hatinya.. tetapi bintang juga merasa tak berdaya kerana walaupun ia ingin memberikan seluruh sinarnya kepada bulan agar selalu kilau kemilau, bintang tak dapat melakukannya kerana jaraknya yang sangat jauh.


semalam bintang berbicara dengan matahari. bintang meletakkan dirinya digarisan yang paling rendah.   serendah yang mungkin boleh dihina-hina. memohon kemaafan atas hadirnya bintang disetiap malam bulan, menerangkan segalanya, yang bintang hanya peneman bulan. tiada apa-apa diantara mereka. bintang semakin redup, redup bersama kesedihan disetiap tutur bicaranya. bintang mengalah.. tidak mengapa, jika ini dapat tenangkan matahari, dan dapat bahagiakan bulan. hanya itu y bintang mampu lakukan.


bintang meminta petunjuk daripada Pencipta nya. atas satu nama teman setia. ia nya bukan mudah.  di dalam mimpi itu, ada bintang biru tetapi tiba- tiba bulan datang. ia nya seakan-akan kabur. di mimpi kedua nya.. bulan melutut hiba, menangis kan sesuatu. bintang tidak tahu apakah maksudnya mimpi-mimpi itu. dan bintang tak akan berputus asa sehingga ada keyakinan. bintang meminta Pencipta melorongkan keyakinan atas apa jua keputusan yang dia lakukan. dan bintang yakin, waktu ini.. saat ini, apa yang harus dia lakukan adalah melepaskan bulan. biar bulan bersinar tanpa bintang.


kerana itu... sekali lagi bintang berkata, kali ini kepada semua teman-temannya.. “Aku tidak ingin lagi menemani bulan mulai malam ini” kemudian ia menghilang terus, tidak hanya meredup dan bersembunyi di balik gelapnya malam seperti sebelumnya dan tak pernah lagi menemani bulan.. dia jatuh ke bumi, bersama hampanya perasaan.


aku akan memberitahu sebuah rahsia sekarang, BINTANG ITU ADALAH AKU. aku menjauh kerana aku tak mahu ada yang menderita. aku mahu bulan mencari kebahagian yang dia dambakan semasa  dia tiada bersama aku. dan betapa pun aku tak ingin lagi menemani bulan, tetapi kadangkala aku sangat merindukannya. dan ketika itu aku akan menatap bulan dan mendengarkan percakapan semesta. tapi bintang hanya diam membisu, mendengar dan melihat dari bumi. tidak mampu menggapai langit.


untuk soalan itu "kau masih berharap dengan dia? kau masih sayangkan dia?" jawapan aku mudah, dimana pun dia... dimana pun aku.. selagi Allah memberikan rasa itu, aku akan sentiasa beristiqamah dengan rasa itu. selama ini.. aku tak pernah berharap, tetapi aku bersabar.. kerana aku percaya janji Allah. yang Allah itu maha adil, Dia mencipta setiap manusia dengan sebaik-baik takdir. jadi hanya mampu sujud syukur atas segalanya.. aku mensyukuri kerana apa yang terjadi waktu ini membuat hidup aku  ADA HALA TUJU.

airmata lelaki. airmata perempuan




when your heart start to burn,  and your heartbeat speed up , when your stomach tighten, and your lung close up, when your tears rush to your face faster than you ever dreamed possible, that is the worst pain you will ever feel, that's your heart breaking

semua orang merasa, sakitnya menahan hati yang terluka. sakitnya melebihi segala-gala nya. ironi nya ini lah sebuah kehidupan, disaat kita ketawa, ada yang sedang menangis hiba, disaat kita sedang menangis , ada yang sedang berbahagia disana. kadangkala, kita rasakan yang kita dah jadi yang terbaik untuk seseorang, tetapi adakah dia turut merasa yang sama?


luahan airmata seorang lelaki


kau sedih? kau faham perasaan dia. tapi kau pernah tau apa yang aku rasa? perasaan aku! kau seorang sahaja  y menderita? kau y terluka? pernah fikir apa aku rasa masa kau tolak aku? selama ni bila kau mintak masa, aku bagi, aku xganggu kau exam, xganggu kau study, tp kenapa kau xboleh tunggu aku jelaskn semuanya? aku tunggu kau lagi lama la! 
kata-kata yang penuh emosi. hanya aku kau sebagai pengganti diri. derita kah diri mu wahai lelaki? sedih kah hati mu dengan semua ini? suatu ketika dulu, airmata lelaki itu pernah menitis, melepaskan amarah pada diri sendiri, menumbuk dinding konkrit yang keras tanpa pedulikan kesakitan yang ada. bengkak jari- jari nya. merah. sakitkah kamu wahai lelaki, sakitkah hati kamu melebihi sakit yang zahir itu. airmata itu tak berhenti menitis. menitis laju. mungkin selaju degupan jantung nya. disitu duduk seorang perempuan, yang turut sama menangis. memegang jari-jari si lelaki yang merah. yang mula membengkak. sakit dan pedih hati nya melihat lelaki yang dia sayangi menangis, menyakitkan diri sendiri. perempuan itu buntu.
saya tak letak diri awak rendah, saya cakap semua tu ketika saya marah... dan itu jugak sebabnya kita perlu berpisah.. you deserve better than me.. mungkin betol kata awak, lebih baik memilih orang yang sayangkan kita daripada orang yang kita sayang.. saya doakan awak berjumpa jodoh yang lebih baik dari saya zahir dan batin...yang boleh jaga awak seumur hidup awak... saya tak sanggup tengok awak sedih atau derita disebabkan saya... i'll pray the best for your life.. thanks for your love and what you had sacrifice for me.. i'll never forget the moment we have been together.. 
hati lelaki itu adakah sesiapa yang memahami? kadang kala, kita merasakan kita sudah melakukan yang terbaik untuk seseorang, tanpa kita sedari apakah perasaan sebenar yang tersembunyi di dalam hati itu. mungkin hati dia juga sedang sakit, mungkin.. siapa tahu.. hanya dirinya, dan Allah yang mengetahui. di sebalik keegoan seorang lelaki, ada kasih sayang dihati nya.. di sebalik ketegasan seorang lelaki, ada kelembutan yang ditutupi. kerana dia fitrah seorang lelaki.. semoga ada yang dapat memahami hati lelaki itu..


luahan airmata perempuan


aku tak tahu siapa kau ketika itu. tetapi melihat dan merenung wajah kau walaupun sesaat telah mendatangkan selaut sakinah ke dalam diri. Di tangan mu terkejap Al- Quran. kau langsung duduk, tekun mengulit satu demi satu helaian. aku hanya memandang dari kejauhan, ingin mendengar setiap butir bacaan kau. melihat rakan-rakan yang teruja melihat diri kau yang sedang duduk keseorangan.. menatap kalam Allah. 
awak, semalam.. hari ini.. saya menangis teringatkan awak, tetapi saya tahu.. awak adalah ujian hati yang Dia beri pada saya. saya tak mahu membenci awak, kerana ada kegembiraan yang awak beri pada saya..  saya tak mahu berdendam, kerana ada kebahagian yang awak beri pada saya. awak pernah beri saya senyuman, bukan hanya derita. saya lepaskan awak dahulu, sebab saya tahu awak akan kembali pada saya hari ini, dan saya lepaskan awak sekarang, kerana saya percaya janji Dia. bukan saya mengalah, bukan saya tak cukup kuat.. tetapi saya hanya pasrah. dan saya sedar redha itu indah. saya tahu.. saya bukan sebaik-baik manusia, terima kasih atas doa awak. saya juga akan selalu doakan awak. semoga awak belajar bersungguh-sungguh, semoga awak dapat pekerjaan yang bagus... dan mendapat kebahagiaan yang awak cari... saya tak janji apabila kita bertemu nanti hati saya tetap pada awak, tetapi saya berjanji akan dapat lupakan kisah-kisah derita kita. kerana hanya dengan itu kita dapat melepaskan kisah-kisah semalam, dan dapat menjalani masa hadapan... 


dia masuk kedalam bilik air, perlahan.. tanpa membuat sebarang bunyi.. dia membuka air, dan membiarkan curahan-curahan air itu jatuh di badan nya.. biarkan airmata itu mengalir dengan laju, kerana tak sesiapa dapat mendengar tangisan nya itu. tiada siapa yang melihat airmata yang bercampur bersama curahan-curahan air yang turun seperti lebat nya hujan.. tiada siapa melihat dia menahan kepedihan. tak siapa melihat. dia menutup segala perasaan nya seperti dia menutup pili air. dia membuka pintu, dan meletakkan satu senyuman palsu. senyuman yang penuh kesakitan.


kita tak mungkin mampu buat semua orang bahagia, tetapi apa yang mampu kita buat adalah mendoakan kebahagiaan mereka. mungkin hanya sebuah cerita, atau mungkin kisah-kisah hati yang sedang terluka. hanya hati-hati yang terlibat mengetahui. mungkin bukan hati lelaki dan perempuan ini sahaja yang menangis. mungkin ada yang juga sedang merasa kesakitan yang sama. kata seorang sahabat, setiap orang mempunyai fikiran yang berbeza. melihat sesuatu perkara dengan sudut pandangan yang berbeza. mungkin ada yang menipu untuk menjaga hati orang yang dia sayang, atau mungkin ada yang senang berterus terang melukakan hari ini, untuk tidak melukakan di masa hadapan. itu lah unik nya ciptaan Allah. walau apa pun yang terjadi hari ini, adalah hikmah untuk masa hadapan. redha itu indah, sabar itu manis. sematkan satu didalam hati "aku percaya dengan janji Allah, yang Dia takkan biarkan hamba-hamba Nya menangis, melainkan kerana Dia rindu hamba Nya mengadu, dan kerana kesedihan, kesakitan, bahkan hanya terkena duri sekalipun adalah penebus dari dosa-dosa yang pernah kita lakukan" terima kasih Allah, aku mensyukuri apa yang kau berikan..