bicara aku



 

kalau kita sayangkan seseorang itu, lepaskan dia pergi, jangan kita halang dia. andai sudah tersurat dia milik kita, suatu masa nanti dia pasti kembali kepada kita walau sehebat manapun pengganti y dia jumpa. kalau dia bukan untuk kita, kejarlah kehujung dunia tetap tak kan jadi milik kita. tetapi jika dia memang ditakdirkan untuk kita, biarlah dia berlari ke hujung dunia sekalipun, akhirnya dia akn datang pada kita.



p/s : i love beach so much.. i love to be there alone. now, rasa nak lari, lari dari segalanya. nak sambung degree kt tempat yang jauh dari dia. bawak diri? mungkin ya, mungkin tidak. aku tak mahu membenci, aku tak mahu berdendam sebab dunia ni kecik je. kalau boleh, kalau aku ditakdirkan terjumpa dia lagi, hati aku dah dapat memaafkan segala nya. dalam hidup ni banyak perkara yang kita nak buat, aku nak dahulukan apa yang lebih penting, bukan perkara itu tak penting langsung bagi aku, kalau suatu hari perkara itu memang ditakdirkan untuk aku, syukur alhamdulillah. buat masa ni aku jumpa ketenangan. terima kasih untuk orang2 yang selalu disamping aku, sayang itu akan selalu ada jika Dia benarkan. doakan lah aku ;)


if it stopped, would u miss me?




10/2 tamatkan latihan industri di HUKM. penat itu mesti, dan aku suka kesibukan yang aku hadapi sepanjang masa di sana. having fun with fren, sabar dlm belajar dan bekerja tanpa memikirkan segala macam perasaan yang ada macam sekarang.  sebelum balik pahang, malam tu tak sihat and wanna have a sleep that time , suddenly get a call from someone.

dia  : ma kat mane?
aku : ma kat uma sewa la, nape?
dia : kt cheras now.. kita jumpa? nti ma nk balik da. org dtg uma ma k.. 

tunggu dia sampai uma n aku kluar. dengan aku y tak xberapa sihat , dia tgk selekeh nye aku mase tu. but im getting better when see that faces. langsung tak rasa terbeban. hati aku masa tu.. tawar, terlalu banyak rasa y aku pendam kan. g uptown cheras, n im happy with it.. da lame tak jumpa dia. 

aku : ma selekeh camni kluar..pucat. pakai sluar track je..maaf..
dia  : nape? ok je ni, kan bagus mcm ni.. natural...

tengah minum, ada baby kecik dtg, maybe dalam setahun dua. baby tu panggil kucing y duduk bawah kerusi aku. miaw miaw baby panggil, comel sangat mulut baby tu.. aku just diam, sebab aku xpandai layan budak. aku tengok dia layan baby tu. sedih.. itu y aku rasa saat tu. someone yang aku pernah simpan impian untuk hidup bersama , bina keluarga, ada anak anak, tapi impian itu dah hilang kemana. impian tu tak hilang, tapi aku cuba lupakan jauh di sudut hati aku.saat tu jugak ada lagu ombak rindu. lagu tu wt aku sedih.

sblum ni kata dia "nape xnak g tgk cite tu? ma takut rindu tu dtg?"

tuhan tlg lembutkan hati dia, untuk terima ku seadanya, kerna ku tak sanggup.. kerna ku tak mampu hidup tnpa dia disisiku, 

dia nyanyi seiring dengan lagu tu. aku ingat lagi apa yang dia kate dulu, dia bukan lelaki yang minat nak nyanyikn lagu utk perempuan. bila tiap kali dia nyanyi sendiri mesti aku dengar baik2. even aku tau, dia nyanyi bkn utk aku. aku hanya diam dengarkan suara dia. cepat sangat masa berlalu.

going back from uptown sebab da lewat malam. duduk depan rumah ang berborak. banyak benda yang kami cakap, tapi aku masih rasa terlalu banyak perkara tak terluah. bila dia bercakap, aku akan tengok muka dia, aku rasa ada ketenangan disitu. aku sedih, atas apa yang dah berlaku pada kami selama ni. kelukaan demi kelukaan pada aku dan dia. aku tak pernah salahkan dia, marah kan dia atas semua yang da jadi, sebab aku tau banyak silapnya aku masa hubungan kami. betul la kata orang, relationship ni bukan untuk dia lengkapi aku, tetapi saling melengkapi. 

dulu aku tak matang dlm hadapi relationship dengan dia, marah, airmata selalu ada. but now im realizes everything happen utk matangkan aku untuk relation y akan datang. terima orang y ditakdirkan dengan aku seada nya. mencintai kekurangan, dan mensyukuri kelebihan y seseorang itu ada.

hantar langkah dia dgn pandangan. sedih. tapi hati aku tetap rasa bahagia. bahagia sb masih boleh tatap wajah itu dengan status kawan.. ;') aku tak mahu dikecewakan dan di kecewakan. aku takut. kalau bukan aku, mungkin hati mereka y akan terluka. hati aku juga sakit kerana seperti aku melukakan diri aku sendiri.  aku doakan dia selalu bahagia, even bukan dengan aku. semoga kita ketemu sesuatu yang akan membahagiakan semua orang.

lesson that i had learn, please dont lie to urself, jujur, aku cuba tipu diri aku sendiri. love, miss, everyone can say it, but not all of us can mean it. Trying to be friend with a lot of people coz i wanna forget the only one who most i remember in my day. I dont want to do the same mistake, keep on pretending that i’m ok, but i’m crying , dying inside. I dont wanna hurt anyone else, maybe this is the way i should choose from the early.

dear heart please be with someone when u’re ready. terasa with this word. when u are ready not when we want to forget on someone. Its really hard, mungkin mudah untuk orang lain, tapi tak mudah untuk aku. dulu, aku selalu memerhati kenapa dan kenapa mudah sangat seseorang itu melupakan seseorang. Mungkin itu cinta budak2, mungkin itu cinta belasan tahun, but when i become 22 years i keep on thinking, it is the right what i have done. Terbeban. 

when i make on a decision, im not afraid that i will be alone, coz i really need to be alone. i dont wanna hurt some who doing the best for me. i apreciate , but i should do this. my heart saying that this is the better way for him, hoping he understand why im doing this.


the truth hurts, but it doesn’t kill. the lie pleases, but it doesn’t heal. OFF

KAU HAK MILIK AKU SEORANG




kau hak aku la, aku berhak nak tentukan apa yang boleh apa yang tak boleh. kau kena ikot cakap aku, sebab kau boyfren girlfren aku. perghhhhh.. ni situasi apa ni? mengongkong, dikongkong.  derrr, soalan aku la kan, lelaki atau perempuan kuat mengongkong? sape kate perempuan sahaja? puih memang tak la der. buat si pengongkong, wehh kau tak rimas ke? buat yang dikongkong , derrr tak kesian kat diri sendiri ke? betol ke semua ni tanda dia terlalu sayangkan kita? aku letakkan pada situasi


lelaki: nape lambat jawab tepon? pegi mane?
perempuan: tadi g kafe fon tertinggal dalam bilik.
lelaki: tipu, kau pergi menggatal la tu kan, sb tu tak bwk fon
perempuan: .......


kenapa,mengapa? kenapa mesti ada sikap y macam ni. bagi aku la kan, dalam bercinta, atau dari semua segi perhubungan pun mesti ada batas dan privacy untuk diri. xbole terlalu mengongkong, tak bole terlalu lepas tangan. first aku nak cakap pasal lepas tangan.derr, maksud gua bukan lu lepas tangan dia. tapi sikap yang terlalu memberi kelonggaran. kau biar dia buat je apa dia suka sampai pasangan korang rasa terabai sungguh


lelaki: hari ni aku nk pergi jalan-jalan dengan kawan perempuan. perempuan: ooh, okey have fun. hati-hati kua :)
lelaki: .....

mesti terdetik kat hati si lelaki " dia ni tak cemburu pun, biar je aku keluar dengan perempuan lain,ni mesti dia bukan betol sayang aku " wehh der, perempuan memang ada yang jenis ni, sapa kata semua perempuan kuat mengongkong. tak semua der. 80% mengongkong, aku dalam linkungan 20% . bajet tak gua wahahah. 


aku suka bercinta stail single. maksud bercinta stail single? meh sini aku terangkan, the friendship remains. perasaan tak kelihatan oleh orang lain but at the same time, we know who we are. CANT OVERACT.sayang dengan sederhana, tak cemburu buta,tak mengongkong. sebab dari awal dah decided untuk not to tie a relationship.sape kata ini ciri orang y xnak terikat dengan komitmen, cenderung curang, iaitu orang y tak mahu tied a relationship. derr, kalau kau buat publish in relationship kt facebook bagai, publish satu dunia bagai, kalau kau nak curang kau curang jugak. 


second aku nak bagi situation pasal terlalu mengongkong. ini tak boleh itu tak boleh. habis apa je y bole buat? kau pernah dengar tak , aku tak tau la peribahasa ke perumpamaan "kalau kita sayangkan sesuatu, jangan terlalu mengenggam dengan kuat, nanti ia akan pecah di tangan kita sendiri". kalau kau sayang kan seseorang tu, tentu kau tak nak hubungan kau pecah berderai.


lelaki: nak pergi mana-mana, wajib bagitau aku.
perempuan: aku nak turun sogo jap jumpa member.
lelaki: lelaki ke perempuan?
perempuan: kawan girl, boleh kan ?
lelaki: tak boleh, aku tak izinkan.

lelaki: kat mana tu? dengan siapa?
perempuan: kat cafe, baru nak makan.
lelaki: apehal aku dengar suara lelaki kat situ! kau menggatal ye
perempuan: ......

lelaki: bak kau punya pasword email, fb, twitter, segala laman social bagai y ko ada.
perempuan : ******** ni pasword nye.
lelaki: jap aku nak p bukak, kang ko tipu aku
lelaki: ni sapa ni, nama adam mukriz, izzul islam, scandal kau ye!
perempuan : .......

lelaki: bak sini henfon, nak tengok kejap.
perempuan: nah, amek la,
lelaki: ni mesej siapa ni? hari-hari ke mesej ngan laki ni?
perempuan: kawan sekelas.
lelaki : ahh kawan sekelas pon aku tak suka.


kau tengok si lelaki ni, member pompuan pon tak boleh. si perempuan da macam isteri kau dah. kena mintak izin bagai. segala pasword mintak, segala mesej dibuka walau mesej sebulan y lepas. tak dibenarkan berkawan dgn mana-mana lelaki pon walaupon classmate korang. kenapa mereka ni cenderung bersikap macam ni. gua hairan jugak, tapi from a research la the reason people become possessive is due to their insecurity,takut kehilangan cinta mereka, fear of being alone, immaturity and distrust. der, umo yang 23. 24. even 30 tahun pun bukan tanda pengukur tahap kematangan


siapa kata sikap macam ni tanda dia terlalu sayang. der, sayangkan orang berpada-pada. mengongkong, tak bole kua dengan kawan lelaki, tak bole mesej dengan kawan lelaki, tak bole jalan g kelas sama-sama dgn kwn lelaki, selalu dituduh curang walau setia,perkara baru yang aku belajar, either you control ur attitude, or it controls u. ur backgrounds and circumstances may have influenced our lives, but we are RESPONSIBLE FOR WHO WE BECOME. dengan sikap-sikap macam ni la buat relationship tak kekal lama. again, kalau kepercayaan kat diri korang untuk pasangan hanya ada 0.01 %, sila jangan bercinta


bagi aku simple ,dalam relationship ni, kena ada rasa tanggungjawab, so if niat nak curang pun, mesti akan terfikir rasa tanggungjawab dekat pasangan masing-masing. rasa bersalah nak buat tak baik belakang pasangan. kalau semua orang boleh apply semua ni dalam hidup maka takkan jadi la masalah kau kongkong aku, aku kongkong kau. kau curang aku pun curang. so kita kena jadi manusia yang ada rasa tanggungjawab. KEPERCAYAAN,KESETIAAN,KEJUJURAN ,ini pakej.kalau salah satu tiada, maka cinta tu xda makna. jadi, sila percaya pada pasangan, if pernah kecundang sb sikap ni, maka berubah lah ;)

Kisah y meninggalkan dan y di tinggal kan



Dia beri kita dua telinga untuk mendengar, dua mata untuk melihat, tetapi kita selalu salah mendengar, selalu salah melihat,

We_need_cohesion_by_jigokuonna-d2zkqgb_large 

tetapi kenapa Dia hanya beri kita SATU hati? tetapi mengapa kata hati selalu benar? hebat nya hati..

kita lahir hanya dengan SATU hati jauh di dalam diri kita, ia dekat pada kita, letak tangan di dada, tak nampak di mana ia berada tetapi kita dapat rasakan ia ada disini, didalam diri kita...

hati yang didalam ni mengingatkn kita pada penghargaan, pemberian cinta diharapkn berasal dri hati kita y paling dalam. setiap kali aku kegusaran, aku buntu. menangis itu satu luahan aku, sesak nya dada bila hati kita sakit... dlm kepayahan menahan airmata, bertanya mengapa kamu duhai hati?

bila hati menasihatkan diri, jangan lah bersedih atas sesuatu yang kamu sendiri tak pasti , hilang segala sesak didada , hilang airmata dimata...


jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia, sebagaimana kita tidak menyukai dipaksa menyayangi org lain. sayangi lah walau hanya dalam hati. aku termotivasi dengan satu kata- kata ini , pasti kamu juga suka kan nya :

( kata-kata dari Dr Cinta )
"kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya dan Allah takkan bagi. tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa."


jika aku xbersuara pun, Allah tetap tahu, kerana dia maha mengetahui hati manusia. beruntung hati. jika hati boleh luka berdarah sebegini, pasti aku tak sanggup melukakan hati sendiri dan hati insan lain


hati bersuara seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku ya allah, bawalah dia jauh dari pandanganku kerana aku tak mahu melihat, luputkan lah dia dari ingatanku kerana aku tak mahu mengingat.. agar hati aku sentiasa tenang.

cerita tentang y meninggalkan dan yang ditinggal kan... hanya hati yang terlibat yang tahu, termasuk Dia yang mencipta hati... y terjadi biar saja terjadi, hidup hanya cerita yang telah di tulis.. 

kerana engkau seorang sahabat



sahabat ,


sekarang umur kita dah 22 tahun. kita dah berkawan lebih kurang 14 tahun. susah kan nk kekalkan persahabatan selama ni? jadi aku xnak sia-siakan kau. sb kau sahabat yang aku xcari, kau dtg tanpa aku sendiri sedari.. mengimbau kenangan lepas, terasa sangat sebak. terlalu banyak kegembiraan yang kita lalui bersama. kita xsedar kan bila kita mula berkawan. kita main basikal (kau bagi aku pinjam basikal sb aku xde beskal ). nenek aku nak baling aku pakai buah sukun busuk lembik kat aku sebab naek beskal kau. kita main nyorok2 blakang umah imon, aku sampai baring dlm semak, dan selalu nya aku la orang2 terawal y dijumpai . sebak.. itu y aku rasa sekarang. mungkin sebab aku sgt rindu dgn masa- masa kita dulu. 


sahabat ,

dulu dan sekarang, kau orang yang pertama aku carik bila aku balik pahang. seramai mana pun orang yang aku jumpa.. tak sama dengan kau. kita sama. tak suka berkawan dengan perempuan. bagi kita "perempuan penuh dengan drama". kita suka berkawan dengan lelaki. sebab lelaki simple, lelaki tak banyak songeh, lelaki jarang busuk hati, lelaki jarang nak cemburu2 dengan sahabat sendiri. kita simple, kita xmenggedik, kita tak manja2 hipokrit aku syg kau, kau syg aku, tapi kita gembira bukan?


sahabat ,

bila ketawa, kita ketawa sama-sama. mengimbau imon tergolek jatuh moto. mengimbau mengorat2 cikgu. mengimbau kenakalan yang pernah kita buat. kau teman aku dating, kau antar aku dating. first love tuh. mampos kalau abah aku tau mase tu. mesti kena pelangkung dgn selipar jepun. sampai sekarang aku tak lupa. bila dia tinggalkan aku dulu, aku menangis luah kan kat kau. buruk kan aku menangis? huuu. padan muka aku


sahabat,

kau ingat tak? dulu kau selalu jugak datang uma aku. kita masak sama-sama, pastu kita makan sama2. tapi bila aku sambung belajar, semua tu dah tak de. orang lain yang teman kan aku makan kfc, pizza. orang lain yang teman aku study. tapi tetap tak sama macam kau. now bila aku balik pahang, capai moto kita g makan burger, kita g mimum abc, walau tak sehebat pizza, walau xsesedap kfc. aku akan sentiasa hargai waktu2 kita. 


sahabat,

aku nak kau tahu... sejauh mana kaki aku melangkah, sejauh mana aku pergi.. kau tetap jadi yang terbaik.. aku tak janji yang aku akan selalu ada, tapi aku janji yang aku akan sentiasa sayang kan persahabatan kita. mungkin tak nampak pada tingkah laku aku, tapi Allah maha mengetahui keikhlasan hati seseorang.. aku berharap, aku juga sahabat y baik didalam hati kau. akhir kata. aku sayang kau sahabat. dari dulu, sampai bila-bila..


p/s : tadi kau mesej fb aku, kau kate kau selak album lame, n ade gambar2 kita berdua. terbukti kau syg aku jgk kan? wahhahaa. kantoi suda. jgn la malu. aku pun syg kau. kau sahabat dunia akhirat aku, insya Allah..;')

Tiba-tiba rindu menyerang...





saya : jangan datang!
rindu : nakkk jugakkkkk!

saya: jangannn! saya tak suka!
rindu: takk, awak perlukan saya!

saya: saya tak nakk 
*tapi dengan nada yang semakin kendur dan slow, ada esak di situ*

rindu: kenapa awak tak nak saya?
saya: sebab bila awak ada, saya rasa sedih, sebab awak ingatkan saya pada dia..

rindu: awak kan sayang dia,,
saya: memang saya sayang dia,,

rindu: sebab awak sayang dia lah awak perlukan saya.. kalau awak tak suka saya, maknanya awak tak sayang dia..
saya: tak takkkk, bukan macam tu..

rindu: habis tu, macamana?
saya: sebab… sebab… saya nak dia selalu dengan saya. sebab tu saya tak perlukan awak. awak tak boleh pun buatkan dia datang dekat saya sekarang.

rindu: awak, awak dengar sini..

rindu itu sangat manis bila manusia boleh merasai nya, ia datang bila dua manusia berjauhan dan rindu itu melengkapkan rasa sayang yang ada antara mereka ..


P/S : mood hari ni, miserible. tapi xpelah, aku tau aku kuat. aku tau aku boleh tempuh semua ni. aku sibuk menjaga hati orang lain hinggakan hati aku sendiri dibiarkan luka.. aku asyik dengan mengembirakan orang lain sedangkan hati aku sendiri dibiarkan kesedihan.. siapa lagi yang memahami hati ni selain diri aku sendiri & juga Allah. org selalu kata, sabar itu manis. semoga aku akan dapat kemanisan itu. setiap orang, akan ada sesuatu yang dia simpan. akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan. dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan. siapa pun dia, segembira mana pun dia. walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum, pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka. pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya, pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis. pasti ada. kerana dia juga manusia seperti kamu semua. ambil masa untuk memahami, bukan ambik kesempatan dlam kesempitan.. cuba untuk memahami situasi orang lain is the best way, Insya Allah. semoga aku sentiasa sabar dalam bersabar..

kamu , bolehkah aku bertanya?




Merindukah aku? Merindukah kamu? Tiada y dpt menyangkal lumrah insani yang indah di helaian kutub hati. Bukan puisi tentang cinta tapi bait kata-kata puisi hati yang telus jelas nyata membalikkan sesuatu y disebaliknya.


Kamu.. boleh aku bertanya?

Adakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan nama ku, senyuman ku, kasih sayang ku di mainan jalanan hari-hari mu? Tiada kah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum?


Kamu.. boleh aku bercerita?

Aku rindu kamu, sentiasa ingat kamu.. Kadang tikanya ada yang berlalu melintasiku memakai bauan minyak wangi yang dulunya pernah kamu pakai, akan ku toleh dan mengikutinya dalam diam sambil menghidu bau nya di angin dan tanpa sedar air mata jernih ku mengalir.. ingat kan kamu... ingat kan kamu.. rindu sungguh pada kamu..


Kamu.. boleh aku bertanya lagi..?

Kamu bahagia di sana? Kamu gembira di sana? Senyumkah kamu di sana? Tawa kah kamu di alam tanpa ku? Telah ketemu kah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah yang kamu dambakan? Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?


Kamu.. boleh aku bercerita lagi?

Aku rindu kamu, sentiasa memandang kamu.. ikhlas aku mahu lihat kamu bahagia. Dan laksana itu aku menjauhkan diri membawa kata hiba untuk diri ini. Tiap kali aku memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai kamu pada mata jiwa ku.. aku memandang kamu yang bercahaya gembira di sana... Dan maha sesungguhnya aku mahu berada di samping kamu bertawa gembira, bercahaya purnama tapi aku pilih untuk melihat dari jauh demi bahagia kamu


Kamu.. boleh aku bertanya.. mengapa airmata ku mengalir tika menitipkan kata monolog jiwa ku ini? Sengsara kah aku?..


- Muaz Hadi

puisi sebuah KASIH ;)



menulis sambil memandang hujan.. rasa damai, tenang di sini ;) alangkah bertuah seorang pemuisi, dpt meletakkan kata2 sebagai ungkapan perasaan- perasaan mereka.. buat aku terasa turut sama mahu berpuisi.. aku bukan pemuisi, jauh sekali, tapi aku cintakan puisi, kata-kata yang indah dpt melembutkan byk hati .puisi kasih untukmu...kasih kepada siapa.. kepada sesiapa saja yang mempunyai rasa kasih ;)

awesome, beautiful, jewelery, love, ring

menulis adalah sesuatu yang terindah bagi aku, berkata-kata didalam hati meskipun dalam kebisuan. membiarkan jari-jari ini menulis segala isi hatiku, salah satu cara aku meluahkan bicara. tapi jari- jari ku beku,.

kata-kata mutiara :

banyak di antara kita merasa susah untuk mencari kebahagiaan, padahal kebahagiaan itu sangatlah sederhana, iaitu menerima dengan ikhlas semua hal yang sudah kita terima dan berbuat dengan ikhlas apa yang semestinya kita lakukan, dan ikhlas itu bukan bererti bersikap pasif dan pasrah pada segala hal, tapi wujud dari ketegaran hati yang di bentuk oleh kejujuran pada diri sendiri

dulu aku memandang hujan dengan kesedihan, i wonder why... i just dont have the answer. but just now, i'm singing in the rain, walking in the rain.. what a wonderful feeling, i'm happy again. peaceful in heart, semua nya dari hati, jika hati kesedihan all the thing we do dalam kesedihan, kan bagus if hati itu sentiasa tegar, kuat , xlemah dengan kesedihan ;)

mengetuk jari- jati ku perlahan pada keyboard, lama ia begitu... tak tahu apa yang ingin aku coretkan, hati aku terasa bisu pandanganku kosong tak mampu untuk terjemah segala isi hatiku.. cerita-cerita hati yang tak dilisankan, xmahu sesiapa mengetahui..

   
andai nya aku punya pilihan lebih dari satu, biarkan aku melihat nya bahagia, andai aku mampu untuk berucap biar kan aku meminta kebaikan untuk nya, izinkan semua berjalan apa ada nya tanpa ada kebohongan lagi

aku tak mahu lagi, kerana ia kisah semalam...ingin rasa nya aku gantikan kisah semalam dengan sesuatu yang baru, semua nya.. tapi aku tak kan mampu, aku hanya mampu bercerita.. aku rindu... aku terpaku mengenang kisah kisah semalam, jari ku beku kembali... mohon maaf atas ketidak sempurnaan aku... andaikan ku tersenyum, apakah itu biasa? apakah itu indah? dan aku tersenyum lagi ;) "semoga engkau selalu bahagia"

word of the day :
let the rain wash the pain of yesterday ;)

andai itu takdir Nya..salam rindu buatmu.




awak..

girl, sad, happy, life

izinkan saya untuk meluahkan rasa, maafkan saya andai awak terasa
saya sedar siapa diri saya, saya tahu status diri saya
saya telah cerminkan diri saya ini, saya hanyalah gagak dirimba
mana mungkin terbang bersama merak kayangan
saya tidak punyai apa-apa, yang saya ada hanya rasa ini
saya telah cuba sedaya upaya untuk tidak menganggap awak istimewa
tapi saya tak berdaya kerana hati kecil ini mengatakan sebaliknya



awak..


semakin saya cuba melupakan awak, semakin kuat saya mengingati awak
entah kenapa? saya pun tidak tahu
saya tidak tahu mengapa awak begitu dekat dengan hati ini
maafkan saya kerana menyintai awak,berdosakah saya kerana menyintai awak?



awak..


terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup ini. walaupun hanya seketika..
saya tetap rasa bahagia bila mengingat detik-detik itu
walau kadang2 saya berkecil hati dengan apa yang awak lakukan 
tapi saya telah lupakan semua itu, saya telah memaafkan awak
dan saya harap awak memaafkan saya



awak..


Bila saya terima awak dulu, saya dah tutup pintu hati saya 3 tahun,
tapi bila saya jumpa awak.. saya ikhlas sayangkan awak
tapi awak tak pernah percaya
tak pernah saya terima awak kerana nak lupakan cinta pertama
awak,biarlah saya terseksa, biarlah saya derita
asalkan awak bahagia, saya doakan yang terbaik untuk awak
andai ini ketentuan takdir, saya doakan awak berbahagia


niat saya satu,
memohon kemaafan atas hadirnya saya dalam hidup awak
jika awak masih mengingati saya,
andainya saya sudah tiada lagi didunia ini
sedekahlah Al-Fatihah buat saya,
tanda kita pernah kenal semasa didunia ini
saya xnak saya menyesal tnpa sempat katakan y saya sayangkn awak
dari dulu rasa tu xpernah ada kepuraan.. tapi semua nya dah berakhir.



awak..


maafkan saya sebab hadir dalam hidup awak 
hadirnya saya hanya cebisan yang tak bermakna
biarlah kisah-kisah silam menjadi kenangan
akan saya simpan kemas dalam hati ini 
coretan terakhir untuk awak,
sebab saya xkan hadir dalam hidup awak lg

semoga awak temukan bahagia yang awak cari


di dunia mahupun di akhirat. amin

kisah kita. aku xsedar dimana mula nya..



some people are meant to fall in love with each other,but not meant to be together~aku bkk fon..n tgk gambar2 dia..n my heart feel ache again..sangat sakit..i wanna cry but i cant..pedih tu tesimpan kat sini..hati aku..aku tak sedar dimana mula nya kita..hari ni izinkan aku ,aku coretkan segalanya dgn kata-kata.


waktu tu, aku selalu pergi surau dengan kawan- kawan untuk solat magrib dan isyak berjemaah. hari tu, aku ternampak dia. dia pakai baju melayu. tengah duduk membaca al-Quran. kawan2 aku kecoh tengok kau. beria betol diorang! 

"eh muka dia mcm ferdi bwg merah bwg putih la"kata seorang kawan.
"pedulik apa aku,korg nk tgk,tgk la" lancang sgt mulut aku bcakap.

aku akui,muka dia mmg mcm pelakon ni..tp aku tak heran..aku amat benci lelaki masa tu. aku tak suke berkawan. aku tak suka berckp,aku suka sendirian..sebab bagi aku,aku tak perlu sesiapa..byk mulut y mengata..SOMBONG,BERLAGAK..tp aku tak peduli..aku xsuka rapat dgn sesiapa. aku suka dgn dunia aku sendiri. sepanjang ada di sana, aku xpnh nak peduli siapa dia..tapi oneday. dia dtg dlm hidup aku..sbgai kwn..

BIARKAN JATUH CINTA
biarkan aku jatuh cinta
pesona pada pandangan saat kita jumpa

lagu kami..meluahkan isi hati,biarkan diri aku untuk jatuh cinta pada diri dia..tak mudah aku nak terima seseorang..tp dia,mintak aku terima dia,dan minta aku beri peluang pada diri aku untuk jatuh cinta pada dia..aku akui,mulai..aku tak cintakan dia..malah aku tak sayangkan dia..tidak ada apa2 perasaan,coz of aku xsuka sesuatu yang melibatkan hati..tapi tuhan buka pintu hati aku utk terima dia as someone special in my life..aku biarkan diri aku jatuh cinta pada dia,sikit demi sedikit..dalam hidup aku hnya dia lelaki y dihati aku..aku jaga setiap kejujuran lafaz aku..


tapi hati aku broken..sikit demi sedikit..aku juga ada kekurangan,dan aku nak terima segala kekurangan dia..kerana aku syg dia..but oneday,sesuatu y aku xboleh terima happen..tanpa aku sedar,aku dah jadi orang ketiga...aku rasa aku xlayak nak ambil cinta dia dari org lain..siapa aku nak hancurkan hati org lain..but hancur nya hati aku bila aku dapat tau..aku mntak penjelasn dia..

"salah ke ez mencintai ma, ez tau ez salah bila mencintai ma ,ketika ez masih lagi dgn dia,tapi kami dah lost contact lame sebelum ez kenal ma,skrg ez syg ma" 

aku xterkata..kenapa macam tu..kenapa xputuskan sesuatu itu baru mulakan y baru..aku xsukakan sesuatu yang tergantung..aku sgt benci...aku tau aku sgt cpt mengalah..mlepaskan org y aku syg,even xpertahan walau sedikit pun...aku tahu,banyak jugak kesalahan aku..

"kenapa mudah je ma nak lepaskn ez?kenapa ma nak biar ez pergi pada dia?" 

aku xterkata bila dia katakan this word. im i coward, pengecut utk pertahan kan apa y aku mahukan.hari tu airmata aku tak jatuh walau setitik..bukan aku xsedih..tapi aku menangis dalam hati..lebih sakit rasa nya..aku tak nak jadi perampas..sebab aku pn perempuan..aku patut faham apa y perempuan rasa...aku lagi rela aku yang sakit dari aku lukakan hati org lain.aku ptuskan hubungan kami..aku keluar bergembira..pulau pangkor..naik feri..tenangkan hati aku bila aku nmpk laut..sepanjang masa ni..aku busykan diri aku..aku nak lupakan dia..aku nak lupa siapa dia dlm hidup aku..aku berubah?ye aku sgt2 berubah..aku bkwn dgn rmai org,aku bkwn dgn lelaki2 y dulu aku sgt anti dgn kaum itu..utk apa..utk aku lupakan dia..tp hakikat nya wlu sberapa ramai y aku knl,aku xberjaya..ada rasa kosong kt hati aku..

seberapa lama kami berpisah..aku xsedar masa tu berlalu dgn cepat..aku xterima sesiapa dalam hidup aku,sb aku tau..hati aku ada pada dia..aku xnak tipu sesiapa..aku xnak tipu diri aku sendiri..dia kembali lagi dlm hidup aku..once again sebagai kawan..aku terima seikhlasnya.aku tak marah dia walau sedikit pun..kami berkawan,tapi bercinta..dia dtg jmpa aku,aku dtg jmpa dia..ya allah..aku tau,kami sedang bermain dgn api..bermain dgn perasaan sendiri..hati aku,hati dia merasa sesuatu y sama..aku nk beri peluang utk dia,aku nk beri peluang utk diri aku..aku nk cintai dia mcm dulu...


kami keluar sama-sama ag..ros merah yang dia bagi pada aku..cantik tapi berduri..sama seperti cinta kami..bawa luka pada dua hati..hati aku dan hati dia..aku nak cuba faham dia..aku mengalah dlm semua perkara..aku always harap yang aku dapat lembutkan hati dia,dia nak berubah utk aku,tapi aku tahu xmudah....but,selalu makan hati,mata aku selalu bengkak disebabkan dia..bodoh nya aku ya allah,menangis kerana seorang lelaki y belum tentu akn jadi pembimbing aku suatu hari nanti..kenapa tuhan beri cinta y mcm ni pada aku...

"if betul ma syg ez, ma akan sabar dgn ez, ma akan cuba ubah ez, ma sanggup jadi pendorong ez, ez tak sangka,begitu mudah ma putus asa, ma pentingkan diri ma,if u are truly love me, u will never let me go even in hardest situation"

"alasan ma x cukup kukuh if ma give up melainkan ma memang ada someone yang lain, or memang dah tak de cinta ma untuk diri ni. Stop acting like you care bout my feeling, why dont you say that you hate me even if you dont. atleast ez tak perlu berharap. coz what i know your love is too weak. ez tak perlu puteri raja yang berharta atau bidadari yang cantik rupawan. ez nak bersama dengan orang yang ez sayang and boleh bahagia kan ez. diri ez, ez tau perasaan ez. ez tahu siapa yang boleh buat ez bahagia. kenapa mesti ma yang nak tentukan ez bahagia atau tak? sampai bila tak berkesudahan coz masing-masing sayang tapi takut dengan perasaan sendiri. thank for your fake love"

ya Allah..tau x, betapa sakit nye hati aku bila tpaksa buat keputusan macam ni..aku menangis bila aku xdpt nk bygkan future kami..aku menangis terlalu teruk..aku menangis seorang..aku pujuk hati aku sendiri..kenapa cinta kita terlalu susah?adakah tuhan tak nak kita bersama..dan itu hakikatnya. maafkan aku.maafkan aku sb xptahankan cinta kita..aku cinta dia..tp aku xtau mcm mne nk teruskan.


dia belikan aku bebear..aku tak sangka,hari tu adalah hari terakhir aku dapat tgk muka dia...dia tgu aku kat luar bas..tapi aku sedih sebab aku xnampak muka dia..aku menyesal tak pakai contacts lens..dia hantar pemergian aku dgn pandangan...ya allah..betapa aku syg dia..tapi kenapa love kami mcm ni..dia sedih dan aku sedih..bebear yang dia bagi menemani tidur aku setiap hari..ros dan bear,kedua2 nya aku pandang sepi...aku tak nak memandang dia lagi..aku tak nak orang y sama kecewakan aku utk kali kedua..aku tau,rasa takut dikecewakan y kuat dalam hati aku,yang buat aku tak dpt teruskan dgn dia...aku tak dpt nk beri peluang utk dia dan aku..aku sangat2 rasa bsalah,sb aku give up...putus asa utk pertahankn..

aku menangis dan dia menangis..maafkan aku..Dia xmahu kita bersama..pasti ada sesuatu y lebih baik utk dia dan aku..utk dia..aku doakan..smoga bertemu seseorang y akan dpt menyayangi dia lbih dri aku..tuhan temukan kita,dan dia pisahkan kita..psti dia lbih tau y trbaik..cinta kita..let it be sweet remembrance..aku hrp kita xkan bertemu lagi..biarlah 2 april itu titik penamat kita..walau aku tau sgt susah untuk lupakan dia..sangat susah..hari2 aku selalu ada dia..dlm ingatan aku y tak pernah padam...aku busykan diri..aku bkwn ngn ramai org..aku ketawa utk tahan diri dari menangis utk dia..

aku mencuba membaca hatinya, percayakah dia pada aku selama ni. the most difficult phase of life is not when no one understands you, but it is when u dont understand urself, aku harap aku masih belum terlambat untuk sesuatu yang aku sendiri mahukan. ya allah, . sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik untukku... sesungguhnya Engkau maha mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

"ma org y paling gembira if semuanya berubah,walau bukan utk ma,tapi utk another person yang deserved your love"

kata-kata aku pada dia..even bukan aku the choose one y tuhan pilih,aku always bdoa utk dia...kisah kita berakhir disini... but my heart keep wondering, it is really finish, coz until now masih tak berkesudahan... semoga di bertemu dengan orang yang lebih sempurna dari aku, semoga dia bertemu seseorang yang lebih sayangkan dia lebih dari aku. hanya itu y mampu aku doakan utk dia..

saya single - LELAKI PENIPU . heh ~



"awak, awak single?saye single" 



hohoo inilah antara ayat-ayat buaya tembaga dan buaya darat,segala buaya lah..heheh...opss lelaki jangan marah tau,aku ckp y buaya je y xbuaye xterasa kan? kenapa aku wat post kali ni,bukan aku anti lelaki ok tapi hakikat lelaki mmg camtu kot.. agree? 


LELAKI ADE GF 

saya xhensem,sape la nak saye ni,awk nak saye : ecece cik abg,muke kau kalah edward cullen tau cakap tak hensem heheh..jarang la lelaki nak mengaku die ade awek,ag2 bile ngn perempuan..kalau boleh nak sorok habis,nape ye?ke sebab nak pasang banyak,ke sebab takut saham jatuh?..eh main saham lak an :)


LELAKI ADE GF + MATA DUITAN 

u are rich? im single!! : ha amek kau,sekarang kan banyak kes2 anak ikan,maksud aku yang jadi bf pade datin-datin anak dato segala..nampak duit je kau terus single..perghhh..sian awek kau..if nak kaye blaja la betol,kerja sungguh-sungguh.dapat duit dari hasil titik peluh sendiri kan satu kepuasan..tapi ade gak yang nak duet ikot jalan mudah heheh :)


LELAKI ADE GF + MATA KERANJANG 

u are hot, im single !! : ni lagi satu,awek dah cukup cantik nak lagi cantik..ni name nye xbersyukur nak lagi yang lebih baik,kecantikan tu tak kemana..nanti dah tua berkedut jugak..kadang bile tengah date ngn awek pun sempat ag pandang perempaun kiri kanan depan belakang...ni la lelaki..opsss...


LELAKI ADE GF +  MENGAKU ADE GF 

saya dah ade gf,awak jgn ngorat saye : wah ayat macam perasan lak an org nak ngorat die..hehe..tapi itu la yang sebaik nya..even klo betol la perempuan tu suke ko n kecewa la bile ko cakap cenggitu aku percaye,sure die respect kau..jujur tu kan penting..xperlu la nak menipu yang ko tu single mingle sedangkan awek ade 2 3 4..tau la lelaki boleh kawin 4..hoho..

if lelaki yang ade awek ngaku single ok la lagi..if LELAKI YANG DAH BER ISTERI??..huhu...moral of the story kalau sayangkan seseorang, cintakan seseseorang, jangan terlalu meletakkan kepercayaan. atleast kalau kecewa, masih ade ruang untuk percayakan orang lain. don’t trust too much, don’t love too much, don’t hope too much. bcause that too much can hurt so much. sebaik-baik perkara adalah tengah-tengahnya, sederhana ;)

p/S : ﮩﮩـ ﮩ\/ﮩ\/ﮩﮩ\/ﮩﮩ\/ﮩ\/ﮩﮩ\/ﮩﮩــ heartbeat work ♥ and it awesome ;)

1990 - 1999, the last generation with common sense. ye meh??


like if u were born any year from 1990 - 1999. aku 1990! hehe. it just a random people yang aku perhatikan. but xsemua la. cume sebagai kakak2, aku rasa diorang terlalu cepat nak membesar. apa maksud last generation with common sense? g google translate xpn bukak kamus yang da lame xpakai tu kan. heh. or maybe bole fhm nanti bila bace entry aku ni sampai abes huhu ;) our generation problem? we all tried grow up too fast. and that is NOT OKAY. sila beri pendapat anda! 


12 years old have boyfren n girlfren
13 years old swear
14 years old have their heart broken
15 years old are getting wasted
17 years old are pregnant

situasi satu :

bila aku bukak im facebook tetiba ade adik2 yang chat " kak ima, tlg carikkan saya pakwe, saya sunyi" what the =-=" kau ingat aku agensi carik jodoh. dah la kau perempuan, terhegeh2 carik lelaki adalah sangat xmanis ok, atau dalam bahasa kasar nye TAK SENONOH


situasi dua : 


kau mara aku txt pakwe kau khen , klu dye ta txt aku dlu , aku xlayan . da lh tu , pakwe kau mcg , pnggel aku 'syunx ' . ape celoppp --' tanye pakwe kau ! maen sembor , aku xbdoh nak pakwe org kay !  
okay. aku single now , nak boyfie :') ! but ,yang caring,  tak mengongkong . nak kenal ? , just IM :/ . tgh  online now ♥ 
bergaduh kat facebook sebab lelaki. adakah ini tanda2 anda desperate? dan selalu nye budak2 camni, esok nye teros dapat pakwe baru. pastu seminggu kemudian clash lagi. aku rasa nak ketawa pun ada. ahahaha XD 

situasi tiga :

amek gambar dari atas, mata bulat2, mulut itik pastu nampak lurah T****, suar pendek atas lutut, pastu share facebook then tulis : aku lar nie . time tadek keje mau buat . hmm -,- aku tetap aku .keyh, xlawa , tak comel kan saye? !tau dahhh , so ? kesah ape . ayat2 macam ni nak minta dipuji sebenar nye. kan? hu



p/s : banyak lagi situasi yang ase malas nak describe. utk adik2 kat luar sane, kalo terbace jgn nak melenting bagai yer. sila terima nasihat orang yang lebih besar. nanti blaja kemana pakwe kemana. naseb bukan adek aku. dan semua nya aku da delete dari friend list. <- kakak yang garang okey. baru2 ni ramai lak awek2 seksi add aku kat facebook, seksi sampai mata aku sakit, so u are rejected la. naseb aku bukan lesbian, kalo tak da lame berdarah hidung aku. maybe sebab prof picture aku letak pic lelaki hensem bersama kereta mewah . jadi , adakah mereka wanita2 bermata duitan?? heh

lelaki dan perempuan



kata pujangga, perkataan y lemah-lembut itu dapat melembutkan hati y lebih keras daripada batu.. dan perkataan y kasar akan mengasarkan hati y lebih halus dari sutera. aku akui itu. kadang2 kita sedar y kita luka kan hati seseorang dgn kata kata. semoga aku xlagi melukakan hati sesiapa. 

bila perempuan marah :

if pendapat aku dari sudut seorang perempuan, bila sedang marah, dia mahu org yang dia sayang tenangkan dia. cukup dengan beritahu yang dia disayangi. perempuan, mudah dipujuk. dan dia perlu di tegur , mungkin " tak baik tinggi suara macam tu, tak lama lagi awak nak jadi seorang isteri " hati perempuan mane yang tak tersentuh? perempuan.. sekasar mana pun dia, segarang mana pun dia, setegas mana pun dia, dia tetap perlukan KETEGASAN seorang lelaki. dan dia amat perlukan itu untuk berubah ke arah yang lebih baik.


bila lelaki marah : 

sangat tak bagus if lelaki sedang marah, perempuan ikot melenting sama. lelaki dan perempuan dua2 ada ego. but the one way y selalu aku pilih bila lelaki sedang marah, BERDIAM. dengarkan semua yang dia katakan. mungkin banyak kata2 yang mengecewakan hati, but sabar itu manis.. aku selalu berpegang pada itu. insya Allah, suatu hari nanti kata-kata itu takkan lagi mengecewakan hati. "saya sayang awak" aku, nak luahkan kata2 ni bila orang y aku syg marah, but tak terluah. sangat susah. 


motivation : semoga aku, dia, dia, kamu dan mereka dpt berubah ke arah yang lebih baik. itu harapan y selalu aku doakan. maafkan masa lalu mu, memang memaafkan tidak dapat mengubah masa silam tetapi mungkin dapat membahagiakan hari ini, esok, esok dan esok.. insya Allah. 

wordless





aku ingin mencintainya secara sederhana.. tanpa menyusahkannya.. tanpa membebaninya..aku berharap dia juga mencintaiku secara sederhana.. sesederhana aku mencintainya.. i find myself smiling as i realize,that though distance between us kept us apart but only in body and never in heart. you gave me reason to smile , you gave me reason to hope , you gave me so much and i can never ask for more . off

wordless ~ let fall in love ;)




many words

beautiful, eiffel tower, lights, love, night

Te amo


Mahal kita


I love you


Kimi o aishiteru


Wo ai ni


Je t'aime


Sarang hae yo


Ich Liebe dich
.
.
.
.


but for the only one person

dear you
saya cinta kamu ;)

freebies doodle muslimah



lelong lelong singgit satu. what the =_=' ok aku bosan, so aku menconteng2 la tadi. sape nak doodle aku yamg comot ni angkat tangan. untuk follower blog sahaja. wakaka. ade yang nak ke? amek amek, free je gua kasi sama lu ;p



yang ni aku punya property, tiada sesiapa dibenarkan amek, <-bajet orang lain suka ke warna kegemaran aku ni. kau je y gila ngan merah ni ima oii.;p

sila scroll untuk amek warna pilihan korang ;)









p/s: tekan pada doole untuk amek url image~ tak perlu credit bagai. but kalau Re-Freebies do asking me first and credit. thanks you :)

cinta, kawan, kawan cinta




aku bukan nak update pasal aku jatuh cinta kat kawan aku. jatuh cinta jauh sekali. pernah tak korang berada kat satu situasi yang mana korang diberi pilihan macam ni :

"awak pilih, DIA atau SAYA"

kawan? aku sayang. BF lagi la aku sayang. sayang kedua dua nya. tak jadi masalah kalau kawan kita sama jantina, tapi kalau berlawanan cas? maksud aku lelaki dan perempuan. 

cemburu pasti ada. susahlah bagi sesiapa yang punya pasangan yang suka berkawan dengan berlainan jantina. macam aku, aku lebh prefer berkawan dengan lelaki. why n why? i have my own reason. tapi berkawan baik maksud aku disini bukan teman tapi mesra. tak perlu gedik2 . cukup, dengan berkongsi masalah, berkongsi pendapat, berkongsi kegembiraan.

tak dinafikan kadang kadang kita lebih senang bersama kawan kita. bercerita, menangis, tak semua orang boleh berkongsi dengan gf/ bf mereka. aku antara nya, sebab? ntah aku pun xtau, mungkin bila bersama kawan kita lebih menjadi diri sendiri. tak bermaksud hipokrit dpn bf ok. 

kadang-kadang jadi macam terbalik,

 "kau kapel dengan sape nih, kau kapel ngan dia ke, dengan dia?"

susah kan nak memilih, disana sayang disini sayang, bukan bermaksud tamak, tapi dia sayang sebagi seorang sahabat, dan dia sayang sebagai seorang yang istimewa. penah menangis sebab ni.

tapi bila aku dah masuk 22 tahun ni, banyak perkara yang aku sedar. semua nya ada ending sendiri. kawan tetap akan ada ending nya. suatu hari nanti dia akan bertemu dengan kekasih hati dia, dia akan tinggalkan kita. xpercaya? try la~

tersedar jugak, yang kita sebaik mana pun dengan kawan kita, semua nya ADA BATAS. mungkin akan ada yang terluka bila tengok kemesraan kita dengan lelaki lain. memang hati kita xlebih dari seorang kawan, tapi orang xtau hati kita kan?

bila dah ramai yang menegur, mungkin ada sesuatu yang aku betolkan. aku terlalu pentingkan kawan, kadang kadang ada hati yang tak terjaga. 

cinta pertama : 
"awak terlalu pentingkan kawan, saya kt sebelah ni ape?"

cinta kedua :
"kawan ape tu kalau bg kek, bg perfume? kawan ada batas nya"

aku hilang cinta aku dan ini salah satu punca nya. sedih? tipu la kalau kata aku xmerana. but , i take it as pengajaran. mengaku y aku tak adil langsung dgn pasangan aku masa tu, aku terlalu nk jaga hati kawan. n disebabkan ini aku dah tak berani nak berkawan rapat dengan sesiapa.ye... aku bersalah. dan aku takkan ulangi kesilapan itu lagi untuk hubungan yang akan datang insya Allah.  dan xmahu jadi penyebab keretakan cinta orang jugak. 

aku just berkongsi cerita. mungkin ada yang punyai masalah yang sama. kita tak perlu memilih sebenarnya, cukuplah sederhana dalam sesuatu. mungkin kerana kita terlalu sayangkan persahabatan, nanti kita akan kehilangan orang yang kita cinta. begitu jugak sebalik nya.  

p/s : ape pendapat korang? penyelesaian bagi masalah ni? klo segan, anonymous pun bole ;p