wordless





bila dua hidup dah sebati, tak semudah itu untuk dileraikan

kita hanya kawan. everything is over




aku sayang kamu. tapi kita hanya akan berkawan. selamanya begitu. it is better than nothing


memandang rintik hujan dari dalam bas. lebat. kuala lumpur tak pernah hilang dari kesesakan.  sedang keluar dari kesesakan kuala lumpur untuk beberapa hari. tett tett.. pesanan ringkas tertera di handphone. mengeluh.


inbox mesej dibaca


"can i meet u? dont u miss me?"


slide papan kekunci dan dan jari laju menaip patah perkataan. 


"walau apa pun terjadi, walau dengan siapa pun saya selepas ini, kita kawan, dan masih kawan"


teragak- agak menekan button send. akhir nya button save as a draft ditekan. 


sometimes, the best way to stay close to someone you love is by being just a friend. tapi tak semua orang boleh terima term ni, dulu aku pun tak boleh terima. tapi bila sesuatu hubungan tu tak boleh pergi jauh, apa lagi yang kau boleh harapkan?


dahulu nya, aku selalu memilih untuk percaya, bagi aku setiap orang ada soft spot dia. tapi sekarang aku dah banyak belajar. pain does two things: apakah ia mengajar kau dan beritahu kau bahwa kau hidup. kemudian luka itu akan tinggalkan kau dalam kondisi kau seratus persen berubah. ia membuat kau lebih bijak dari sebelumnya. ataupun ia akan meninggalkan parut yang buatkan kau tidak lagi bodoh untuk terluka.


manusia yang nama nya lelaki tidak mudah untuk berubah. melainkan ada suatu yang menyedarkan dia. saat kau pilih untuk mempercayai dia, teruskan . konklusinya ada dua kemungkinan, pertamanya kau berharap semua akan berubah, dan dia berubah. kedua nya bila dia tidak berubah, kau akan menyesal seumur hidup.


dan kali ini aku pilih untuk tidak percaya. 


"everything is over"


send.


music player is on, wearing the headphone , play the song loudly. sambil memandang ke tingkap bas. kosong.





dan air mata tumpah. celaka



hidup tak secelaka mana



hidup tak secelaka yang aku fikirkan. sebab aku masih ada yang buat aku gembira. syukur. aku cuba cari keseronokan masa - masa dahulu. sekarang sikap nakal aku dah mula hilang, aku sendiri jarang dengar aku ketawa. hah. hakikat nya , aku juga sudah mula bosan dengan sikap aku yang serius sepanjang masa.


"kau dingin, dengan kebanyakan orang, kenapa?"


diam... bagaimana ya, untuk aku beri jawapan yang aku tak punya?  senyuman pun aku tak mampu nak beri. sejujur nya senyum aku jarang ikhlas.



lately, kesihatan tak selalu menyebelahi aku. damn. im really not interested for meeting a  doctor . even dia hensem macam henry holding bangun pagi dengan kepala yang berat dan sakit itu selalu. mungkin akibat tidur selepas solat subuh. 



meja study . konon nya. 



kebelakangan ini, aku mula rajin, lebih rajin dari dulu agak nya. sedang cuba mencapai kejayaan. sekurang-kurang nya bila aku grad nanti aku mahu gaji aku hampir cecah 5K. wah angan- angan. arghh, tapi aku tak mahu jadi orang y hanya tahu belajar tapi jiwa nya kosong.  tiada jiwa yang gembira seperti orang yang seusia aku.



kegemaran. dah jadi macam nikotin dalam pembuluh darah aku



untuk soalan  itu, aku masih belum jumpa jawapan nya. kalau boleh aku mahu bangun pagi dan mesra dengan semua orang. tapi aku gagal mahu amalkan konsep yang dahulu. banyak perkara yang merubah aku. manusia boleh berubah sekelip mata apabila dia lalui banyak perkara yang dia tak boleh terima. jadi nya, itu kah yang berlaku pada aku sekarang?


ah bodoh, aku tak mahu hilang keseronokan hidup. 


dan sekarang aku cuma terfikir yang aku tak pernah terfikir aku dah jadi aku yang hari ni. macam baru semalam aku. pertama kali dating . tengok wayang cerita bodoh. makan suap suap konon nya loving couple. caci makian. menangis sampai repeat paper. kisah-kisah curang. kau keluar dengan perempuan, aku keluar dengan lelaki. bodoh nya aku. tapi sekarang aku tak macam dulu lagi .aku dah   cukup belajar dengan kebodohan aku. bagi aku move on tu tak mudah langsung, tak macam tekan pedal mintak terus pergi laju selaju yang aku mahu, tapi aku sedar yang keluar dari situ adalah lebih bagus dari aku terus menyumpah dalam kegelapan. sekarang aku  pergi kuliah, redah hujan. main mata. tido waktu kuliah. biasa. bila rasa sakit tu datang, atleast aku tahu aku masih hidup.


sekarang ada orang y tarik tangan aku bila aku jatuh dalam ruang kisah celaka y dulu.


dan aku cuma berharap, aku mampu kembali macam dulu.

wordless . ingat sampai lupa


tetiba aku rasa rindu nak naik lrt dan ktm. macam dulu-dulu dengan inspirasi y hilang. ahhh, buat apa rindu nak naik lrt and ktm kalau aku boleh naek kereta honda. ayat sedapkan hati . bodoh.



ada inspirasi baru yang muncul. engineering student is hot. lagi- lagi yang pakai jaket merah oil and gas engineering. yang lalu depan aku kat cafe tadi. ok. patot la mata aku tambah rabun. 


ada pulak nanti yang marah aku cakap pasal hot stuff engineering aprroaching. aku hanya tengok tau. xbuat apa-apa. senyum pon tak. hanya puji ciptaan tuhan. ayat cliche.  jadi jangan cemburu.  

beruang gemok dan katil kampus yang jadi tempat tido aku sekarang. 

air milo 2 in 1 dalam cawan kfc. kau ingat cawan kfc ni? heh

lagu masuk dalam telinga aku. ombak rindu. kuat-kuat

coklat. buat aku bahagia, sambil hadap ratusan page lecture note

manis macam budak engin pakai baju merah tadi


aku memang suka makan. makan buat aku bahagia dan gembira.

lari




jika aku mengajukan sebuah pertanyaan, lebih baik untuk memberiku kebenaran,
aku menanyakan kamu karena aku telah mengetahui jawabannya.


kereta api. tolong bawa aku pergi. bawa aku lari dari sini yang penuh cerita usang 

kau, ingin ada di mana?



alone, amor, art, beautiful, bokeh, catch it!

apabila kau ingin selalu berada di belakangku.

pastikanlah dirimu bukan sebagai masa lalu

dan bilapun kau ingin berada di depanku. pastikan pula kau adalah masa depan.
yang sejak dulu aku tunggu-tunggu.

atau cukuplah menjadi teman di masa sekarang.  sambil bergenggaman tangan. 

tidak melepaskan harap akan kebersamaan

Ramadhan Mu



ya Allah. kau datangkan lagi Ramadhan buatku
ketika aku masih saja tak mampu mensyukuri Ramadhan mu yang lalu
hari-harimu masih saja kulalui


tanpa isi

tanpa makna 



menadah tangan. mengucap syukur pada mu
ya Allah.. ampuni aku, pimpin lah aku..

Explanation


if you leave someone atleast tell them WHY because what's more painful than being abandoned is knowing you are not worth an explanation 

karma


kau tahu karma? apa yang kau buat pada orang lain hari ini

tuduhan. penipuan. caci makian, tangisan. kau akan dapat sama.  tersenyum.

dots, girl, not zooey, station, subway, train


kau perlu duduk sendiri di ceruk sudut untuk fikir apa yang kau dah lakukan. tapi aku tahu. tidak ada sebesar zarah pun perubahan. 


someone said to me, "semakin rumit perjalanan hidup. semakin kau tahu menghargai erti pelajaran" sikit pun aku tak rasa terkilan bila dituduh begitu begini. sebab ini satu persatu yang Dia tunjukkan pada aku.


aku tak kisah memberi. melepaskan. dari apa jua segi. maaf.cinta. atau apa sekalipun. sebab memberi lebih baik dari meminta. seperti pengemis. 


mengalah tak bererti kalah, maaf tak bererti salah.
kebenaran sentiasa akan menang pada akhir nya. 

dan lagi satu, hidup ni jangan tamak sangat.




dan, jangan jadi bodoh . berkali-kali

sampah



baru aku tahu.. rupa nya manusia pun boleh dikitar semula




bila tak mahu boleh dibuang sesuka hati tak ubah persis sampah, tetapi boleh dikutip kembali bila diperlukan.  kejam bukan?

HARAPAN


"tanpa harapan. hidup kita kosong, seperti tiada sebab untuk teruskan hidup.tak pernah layak untuk hidup


aku berpura memandang ke tempat lain. menahan airmata dari tumpah.


damn. siapa tak punya harapan. aku punya harapan. tapi itu dulu. aku sudah tidak mahu punya harapan. bukan aku putus asa. hanya..  aku sedih, takut.


letih, penat. mungkin. bagi aku, harapan yang cuma macam mimpi, ia nya tak pernah kesampaian. aku tak ubah persis manusia yang telah kalah.


kalah dengan harapan aku yang dah lama jadi layu. kalah mempertahankan hal-hal yang aku sayangi.  aku hanya mampu melihat mimpi-mimpi itu runtuh.




sabarkah kamu membina harapan baru menggantikan harapan yang telah runtuh itu bersama aku? aku paksa mata untuk lelap. gagal.

sangat rindu nak menulis..



i guess i will continue to write and show my existance in some form. 
and i guess that eventually, i wont be guessing.

alone, amazing, beautiful, dear, fashion

p/s : being busy working now.. miss to write what in my heart and mind. i wish for  just one day, everyone would say exactly what the want to say.

AKU BERJAYA GENGGAM SEGULUNG DIPLOMA MICROBIOLOGY



alhamdulillah.. semalam. after check result, aku terus rasa nak menjerit. arghhhhhhh.. aku dah abes belajar , sambil melompat >_< . tapi memandangkan jam da 4 pagi, aku jerit dalam hati je lah. imsomnia. aku memang susah tidor malam, maka bangon kol 12 tengahari. err.. naseb ade insan baik hati selalu kejot aku solat subuh, selain jam loceng. maceh.huu


kali ni, tengok result tak secuak dulu-dulu. kali ni dengan bangga je bukak emel, sebab practical just ade LULUS atau GAGAL je. dah sure la aku lulus. wahahahah. dah dapat genggam diploma, aku nak genggam degree pulak. degree here i come. muahhh. ehhhh. awat gedik sangat gua hari ni =-=' puihh


microbiology adalah cinta hati aku sejak zaman sekolah lagi. tak sangka sangat dapat capai apa yang aku nak.   aku rindu nak tido dalam kelas ag. ohh kantoi. terima kasih pada kawan-kawan yang dah warnai hidup aku kat uitm pilah. every person touch my life in their own special way . hah, ini entry bergambar. hari ni, word word aku wordless. aku speechless


My Graduation  Day

me now officially diploma in microbiology holder !


my future wishlist : nak gemok! ho yeah , der gua tak main-main la, bosan sudah kurus macam tak cukup makan. huhu. 3 tahun akan datang, aku akan pastikan yang aku dah genggam segulung ijazah dengan cemerlang. after this nak keje before sambung degree. ohh duit ke mari kau. hehe. nak beli dslr weh, dah lame aku kempunan.pasni nak buat bisness sambil belajar. nak berdikari sungguh! aku nak upgrade kereta ,jadi keta honda civic type R. idaman tu gua tu. gua jeles giler bila gua turun basement HUKM tu doctor pakai keta gempak-gempak. berdarah hidung gua. perghh ganas tak gua? err~ kumpul duit banyak-banyak ,because there's a place that i really wanna go. 1 of my HALA TUJU.


my word : di setiap langkah aku,ada insan-insan yang sangat bermakna ;)

MANUSIA EGO MAHAL AIRMATA




sapa kata ego tu tak bagus? eh bagus ke? tanya kat diri sendiri balik. orang yang ada ego akan selalu meletakkan pride dia ditangga teratas. tapi satu point yang aku bangga jadi ego,  sebab lagi bagus jadi manusia ego yang mahal airmata, dari jadi manusia yang murah airmata, airmata palsu. back up diri sendiri. tapi aku setuju la dengan korang y ego ni tak bagus. tak bagus langsung. ego is killing us inside. ego ni sejenis perasaan, err tak nak kalah!


"ye laa.aku xselalu betol, tapi aku tak pernah salah"


ayat mintak penampar. orang ego, dia susah nak mintak maaf, walau dah terang lagi bersuluh lilin yang diorang salah! mati - matian carik point untuk salahkan orang lain. ini memang tahap kronik! sila lah ubah sebelum anda berumur 40 tahun. sebab sifat tu akan kekal, kalau tak usaha ubah. 


ok, atas ni hanya mukadimah aku nak kenal kan manusia ego. apa yang aku nak kongsi sekarang, tentang seorang manusia yang punya ego tapi punya cinta! dah la kau ego, pasangan kau lak keras kepala.


izzul : nape kau senyap je arini? mesej tak col ape kan lagi.
imanina : aku senyap, sebab kau senyap, kau pun tak msj aku.
izzul : aku tak mesej sebab kau tak mesej. asyik aku je msj kau !
imanina : kenapa kau tak bls mesej aku?
izzul : saja, nak balas balik. nak bg kau rasa apa aku rasa.
imanina : aku rindu kau, aku dah mesej dulu kan hari ni.
izzul : tu la aku rasa. tp aku xsuka buat aku rasa terhegeh-hegeh


memang aku saja letak panggilan aku kau. err aku tak berapa nak masuk kalau panggil abang sayang bagai. dah lama aku tinggalkan panggilan macam tu. heh. kau ingat takde ke kapel yang macam ni?? ade weehh, bercinta tak semua sweet indah macam kat taman bunga. damn.psl mesej pon nak gaduh. 


tapi kalau korang perasan, pasangan ni saling sayang sebenarnya, tapi diorang ada ego. ego nak cakap rindu, padahal diri masing tau yang diorang sayang each other. kadang-kadang sampai 2,3 hari tak contact sebab ego tak nak mesej dulu. wahahah. memang macam bebudak, tapi perasaan tu bukan bebudak weh. perasaan rindu di selami rasa sakit hati sebab dia tak contact kita dulu. what the, complicated sungguh cinta manusia ego.


imanina : aku rindu kau sebenar nya.. aku malu bila cakap macam ni.
izzul : aku xtau la sampai bila kau camni. malu dgn perasaan sendiri.
imanina : kau pon sama, kau xcakap pon kau rindu aku.
izzul : aku xcakap sebab tunggu kau cakap dulu.


nampak tak situasi tu? manusia ego ni, dia malu nak luahkan perasaan sendiri. dia rasa macam maruah dia jatuh bila dia mengaku. walau hakikat sebenar yang diorang dah kapel pun, malah dah kenal bertahun-tahun lama


izzul : dalam hati ( aku xkan mesej dia) biar dia rasa tp aku rindu..
imanina : aku xnak msj dia ( sambil tahan airmata dan sakit hati )


nampak lagi tak situasi ni? manusia ego. dia rela sakit, dia rela tahan rindu dia dari mengaku. unik kan ciptaan Allah? perasaan yang sama, tapi manusia membawa dengan cara yang berbeza-beza. ada orang gembira dan senang mengatakan kat pasangan, "saya rindu awak" tapi susah untuk manusia ego.


lagi sedih bila putus cinta sebab ego. dan akan terus ego, walau masih rasa sayang. masa kapel pon ego nak mengaku, ape kan lagi dah tak da hubungan. dalam mimpi je la weh. situasi izzul dengan imanina tu akan jadi macam ni.


hati imanina  :

kita terserempak hari ni. tapi aku tak pandang kau. aku jalan terus kedepan. seperti kita tak pernah kenal satu sama lain. aku takut nak mulakan semua ini sekali lagi. aku tak tahu kenapa aku takut nak katakan pada kau yang aku sayangkan kau. lidah aku beku kelu untuk luahkan kata tu.aku sayang kau.tapi aku hanya menjerit di dalam hati.

hati izzul :

ketika kita terserempak, kau tak pandang aku. langsung tidak. hati aku rasa pedih. sayang itu aku sembunyikan hingga tiada siapa tahu, aku berusaha keras untuk menyembunyikan airmata aku. aku berpusing tanpa memberitahu kau yang sehingga ke hari ini aku masih di sini. mengisi hati aku dengan airmata, aku meletakkan rasa sayang itu di dalam hati aku kerana kita tidak boleh bernafas udara yang sama.


p/s : kau nampak tak yang situasi ni dua-dua tengah kecewa, tanpa diorang sedar yang diorang sama-sama sayang.  perkara yang akan buat kau menyesal adalah bila kau berpura-pura  tidak suka  atau benci dia sedangkan kau mencintai segala apa sahaja yang dia lakukan. akhir kata, susah bila jadi manusia ego mahal airmata. jadi ubahlah <- aku menulis sambil menuding jari ke muka sendiri. 

PILIHAN : jadi diri sendiri, atau palsu?





selalu kita dengar kata-kata ni, "jangan jadi hipokrit, jadilah diri sendiri" tetapi tak semua orang boleh terima diri kita, kadang kala ada yang memuji, kadang kala ada yang mengeji. fitrah manusia, tak pernah puas dengan apa yang mereka lihat, dia ini begitu, dia itu begini. bla bla bla dan bla... banyak mulut-mulut yang bersuara dibelakang, disebalik senyuman manis dihadapan. terlalu banyak lakonan. kadang kala aku hairan dengan manusia begini. ada... mesti ada. diantara seribu rakan-rakan kita. ada satu yang begini. belum dikira dengan manusia yang tak pernah mengenali kita, tetapi menghakimi seperti dia kenal kita 20 tahun lama nya.


setiap orang punya hak memilih siapa diri dia. seorang yang pendiam , seorang yang pemalu, seorang yang peramah. mahupun seorang yang annoying (ini xboleh pakai). bagi aku FAKE itu kadang kala perlu, tapi bertempat. mungkin kita perlu jadi fake, untuk bahagiakan orang lain, mungkin. tetapi sebelum menjadi palsu, tanya pada diri sendiri, sejauh mana aku mampu? ikhlaskah aku membahagiakan mereka? sanggupkah aku terseksa kerana mahu melihat mereka bahagia? ikhlaskah?


baik, aku cuba meletak diri aku pada situasi ini. aku pernah jadi seorang yang pendiam, aku pernah menjadi seorang yang pemalu, aku pernah menjadi orang yang peramah. dan aku pernah menjadi orang yang nakal! kenapa terlalu banyak? kecelaruan identiti kah? no. bukan macam tu, tapi dari satu fasa yang pendiam dan pemalu aku cuba berubah. dan hasil nya diri aku  


situasi 1: aku kembali mengupas memori yang aku tinggalkan, 3, 4 tahun lepas. siapa aku dahulu? diri aku sendiri atau hanya palsu? di rumah, sesiapa pun susah nak dengar aku bersuara. aku dikatakan pendiam, adik beradik, mahupun sedara mara. "ima ni pendiam betol, xmacam kakak dia"aku hanya tersenyum. tidak mengangguk, tidak menggeleng. itu kah diri aku sebenar? TIDAK. di sekolah? aku pelajar yang nakal, banyak cakap, mengorat cikgu itu aku, mengusik cikgu itu aku, melawan cikgu juga itu aku. kenapa aku berbeza? kerana ada banyak sb mengapa aku begitu. kerana di rumah aku di bayangi kakak sendiri, dia bagus itu, dia bagus ini, aku? aku tidak bagus itu, aku tidak bagus ini.aku memendam rasa,sb aku nak kakak aku bahagia.  

tapi lama kelamaan, aku seksa. sakit memendam rasa. jiwa memberontak. soalan aku. jadi baguskah dan rela kah kita menjadi palsu selama nya? 


situasi 2 : bila aku masuk dunia universiti. dalam diri aku tiada kepercayaan. bagi aku manusia ini palsu. bagi aku, aku boleh sendiri. aku rindu zaman sekolah aku, rakan -rakan yang aku kenal sejak darjah satu lagi, aku rindu wajah itu. jadi aku tak perlu wajah-wajah baru. fasa ini baru aku kenal, manusia yang tidak senang dengan apa yang kita lakukan. aku dengan sikap aku yang menyendiri. pergi makan sorang-sorang, pergi kelas sorang-sorang. sebab aku tak percaya kan sesiapa. aku lebih rela sendiri dari punya kawan y indah hanya pada zahir,tapi bukan di hati.ahh,mungkin aku terlalu prejudis waktu itu. 

suatu hari, ada seorang lelaki yang menegur, sungguh dia berani. duduk ditepi aku dan berkata "kenapa jadi macam ni? kita bukan hidup sorang-sorang. cuba pandang sekeliling. tak semua orang seperti yang kita fikir. masih ada yang benar-benar ikhlas".dan hati aku berkata. aku harus berubah.


situasi 3 : aku cuba berubah, dah berani tegor orang. dah berani senyum, dah berani pandang mata orang. walau kadang-kadang ada wajah yang terkejut. why? dan bila aku bersuara, ramai yang bagi respon. "ima, aku ingat kau sombong, rupa nya kau kelakar lah" . aku? aku gembira dengan perubahan positif itu. melihat gelak ketawa mereka, yang buat aku turut sama bahagia. aku dah tak membezakan. lelaki dan perempuan bagi aku sama. bukan seperti dulu, aku y trauma dengan sikap-sikap perempuan. Alhamdulillah betol kata-kata itu, di sini masih ada yang benar-benar ikhlas.tetapi ada juga yang mengeji.


"amboi kau banyak scandal" 

"alah dia tu, semua lelaki dia nak"

bila ada yang menyampaikan ini dan ini. aku tak tahu, aku harus tersenyum atau aku harus menangis? dan betol lah, tak semua orang akan suka dengan apa yang kita lakukan. dan memang wujud mereka yang palsu, tetapi aku bersyukur kerana masih berjumpa mereka yang ikhlas.


situasi 4 : bila ada y berkata begitu, aku cuba berubah lagi, aku cuba puaskan hati mereka itu. aku tak lagi berkawan dengan lelaki-lelaki. kerana aku sedih bila ada yang mengata. mungkin betol kata mereka, aku harus berkawan dgn perempuan sahaja! aku jalan tunduk memandang tanah setiap kali pergi kelas, tidak mahu lagi memandang wajah-wajah lelaki y pernah bergelar sahabat.aku biarkan pangilan-panggilan itu.tetapi ada situasi yang buat aku rasa mahu ketawa.


"ek eleh sombong betol, bajet betol dia ni" perghhhh kasar nya bahasa, aku sabar dan aku berlalu seperti aku tak dengar kata- kata itu. 

"nama siapa? napa jalan tunduk je?" kadang-kadang, "hai" dan aku terus menundukkan pandangan. terus adam itu menunduk juga, memandang wajah aku. bersungguh! tahu tak aku mahu menjaga pandangan mata  =-=' 


situasi 5 : aku muhasabah diri. kita tak dapat nak puaskan hati semua orang bukan? aku bertanya , kenapa perlu aku jadi begini dan begitu untuk mereka yang tidak ikhlas menerima diri kita?  sampai diri sendiri jadi tak menentu. jadi aku cuba mengumpul yang positif, dan membuang yang negatif. hidup sendiri itu bagus, tetapi aku tak berpeluang berjumpa dengan mereka yang ikhlas. jadi aku akan rugi. aku kekalkan diri aku yang sekarang, sebab aku bahagia aku begini. melihat gelak ketawa rakan, melihat senyuman keluarga, melihat senyuman orang y aku sayang, dan akhir nya aku pun turut sama tersenyum. dan syukur aku rasa bahagia ;) 


jadi pilihan kita? diri sendiri atau palsu. orang yang benar-benar ikhlas akan menerima siapaun kita, pendiam, pemalu, peramah atau apa sahaja selagi ia nya tidak mendatangkan keburukan.  mengambil dari sudut positif ,palsu itu perlu jika kita dalam langkah berubah kearah yang lebih baik. insya Allah. niat itu segala nya ;)

wahai hati.. jangan kamu mati..





pohon semalu itu.. sering dipijak-pijak.. hidupnya hanya di pinggiran. ramai orang melalui kisah yang sama. hanya watak yang berbeza. sama ada dia menjadi pohon semalu yang berduri dan sentiasa dipijak, ataupun dia menjadi seseorang yang memijak.. dan mungkin tidak merasa sakit sedikit pun, mungkin kerana dia tidak punya perasaan. 


gadis itu merenung jauh kehadapan.. dia tidak mahu menjadi pemijak, menyakiti pohon semalu.. seperti manusia yang tidak punya hati untuk melukakan sesiapa pun. tetapi, dia juga tidak mahu menjadi seperti pohon semalu yang hanya dipijak-pijak, walaupun dia punya duri, namun durinya kecil.. tidak mungkin mampu pertahan kan diri.


dirinya hanya insan biasa.terkadang kesilapan sentiasa berlaku. terkadang kebaikan membawa tuah. "awak adalah yang terbaik". ada tutur kata dari insan lain untuk dirinya. gadis itu berterima kasih atas penghargaan itu. tetapi tidak bererti dirinya mampu melakar sejuta bunga dihati insan itu. kerana dia sedang merawat luka. mungkin hanya dengan tersenyum dapat meleraikan sekelumit perasaan yang menjeruk rasa.


untuk kali pertama mata gadis itu melihat satu kisah yang membuat dia diam membisu... kelu. membiarkan hati mentafsir sendiri. apa yang sedang terjadi? mengapa ia terjadi? kenapa mesti mereka bertemu jika akhirnya membuatkan airmata mengalir tidak berhenti? gadis itu sangat letih.


gadis itu merasa gelap gelita. dia terduduk sepi. dia memandang pada renungan yang amat jauh. jauh sekali. tetapi mungkin ia tidak menjanjikan apa-apa. Ya Allah ... salahkah gadis itu yakin pada takdir. kerana dia juga cuba meminta, berdoa, dan berserah.. agar semuanya kembali tenang. gadis itu sedar siapa diri nya. dia sujud pada alas keinsafan dan cuba membawa hati ini padaMu. andai kisah itu benar. di panjat syukur pada Mu. tetapi andai kisah ini sebaliknya. labuhkan lah tirai pentas itu. agar gadis itu tidak lagi merasa sakit dengan apa yang telah berlaku. gadis itu kini selalu membaca, hari ini dia terbaca sesuatu, tentang hati.


hati manusia dapat dibahagi kepada tiga jenis.  iaitu :

1) hati yang mati :  iaitu hati y lalai dan tidak pernah mengingat Allah. 

2) hati yang sakit : iaitu hati yang sedang bermasalah kerana sedikit mengingat Allah dan kerap melakukan maksiat. keadaan hati ini lebih baik daripada hati yang mati. hati ini masih tersimpan kerinduan untuk kembali pada-Nya, sedangkan hati yang mati telah terkunci rapat. 

3) hati yang sihat : iaitu hati yang hidup dan bercahaya kerana sentiasa berzikir pada Allah, menjauhi larangan-Nya, dan menjalankan perintah-Nya. "Dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah".


astagfirullahalazim. Ya Allah. sebak hati gadis itu... hatinya sakit kerana sedikit mengingat Allah. kadang dia terleka dengan permainan yang hanya indah pada zahirnya. sungguh.. hatinya sakit. tetapi dia bersyukur, kerana hatinya tidak mati. hatinya masih rindu untuk kembali padaNya. 


wahai hati.. aku mahu kamu kembali sihat..

kisah sebutir bintang






suatu hari pernah aku dengar sebutir bintang berbicara pada bulan “aku tidak ingin lagi menemani mu..  mulai malam ini dan seterusnya” katanya.


mengapa?” tanya bulan.. “padahal aku menyintaimu... aku menyukai malam-malam aku dimana kau ada.. dan menemani ku hingga fajar menjelang kata bulan lagi..

tetapi bintang itu hanya diam meredup dan dia  bersembunyi di balik gelapnya malam. selepas bulan berbicara dengan nya, bintang itu pergi menghilang . bintang kesedihan mengetahui ada matahari diantara mereka.


bintang itu mencintai bulan. tetapi adakah benar  bulan juga menyintainya seperti diri nya. jadi siapa pula matahari diantara mereka ? kenapa bulan tidak membencinya sahaja, tetapi bulan menyatakan menyintainya sehingga bintang tidak mempunyai alasan untuk tidak menemani nya malam nanti. 


bintang yang sinarnya paling terang adalah bintang yang berwarna biru. tetapi bintang yang sedang aku ceritakan hanyalah sebuah bintang kecil yang berwarna merah. sinarnya sedikit. kerana itu ia tidak pernah dapat mengumpulkan keberanian  berkata pada bulan “Aku mencintaimu!”.


pada bintang, bulan mencintai matahari, kerana ia dapat membuat bulan bersinar indah diwaktu malam. ia membuat bulan selalu ditunggu oleh para pencinta malam. ia membuat bulan selalu dinanti oleh para pujangga yang menulis berbait-bait puisi tentang cinta.. tetapi bintang hanya dengan di lihat di langit malam. kadang ada, kadang tiada.. hanya anak-anak kecil menunggu kehadiran bintang agar dapat bermain-main dilapangan  kampung. 


bintang merasa tidak mendapat keadilan. bintang mencintai bulan dengan sepenuh hatinya.. tetapi bintang juga merasa tak berdaya kerana walaupun ia ingin memberikan seluruh sinarnya kepada bulan agar selalu kilau kemilau, bintang tak dapat melakukannya kerana jaraknya yang sangat jauh.


semalam bintang berbicara dengan matahari. bintang meletakkan dirinya digarisan yang paling rendah.   serendah yang mungkin boleh dihina-hina. memohon kemaafan atas hadirnya bintang disetiap malam bulan, menerangkan segalanya, yang bintang hanya peneman bulan. tiada apa-apa diantara mereka. bintang semakin redup, redup bersama kesedihan disetiap tutur bicaranya. bintang mengalah.. tidak mengapa, jika ini dapat tenangkan matahari, dan dapat bahagiakan bulan. hanya itu y bintang mampu lakukan.


bintang meminta petunjuk daripada Pencipta nya. atas satu nama teman setia. ia nya bukan mudah.  di dalam mimpi itu, ada bintang biru tetapi tiba- tiba bulan datang. ia nya seakan-akan kabur. di mimpi kedua nya.. bulan melutut hiba, menangis kan sesuatu. bintang tidak tahu apakah maksudnya mimpi-mimpi itu. dan bintang tak akan berputus asa sehingga ada keyakinan. bintang meminta Pencipta melorongkan keyakinan atas apa jua keputusan yang dia lakukan. dan bintang yakin, waktu ini.. saat ini, apa yang harus dia lakukan adalah melepaskan bulan. biar bulan bersinar tanpa bintang.


kerana itu... sekali lagi bintang berkata, kali ini kepada semua teman-temannya.. “Aku tidak ingin lagi menemani bulan mulai malam ini” kemudian ia menghilang terus, tidak hanya meredup dan bersembunyi di balik gelapnya malam seperti sebelumnya dan tak pernah lagi menemani bulan.. dia jatuh ke bumi, bersama hampanya perasaan.


aku akan memberitahu sebuah rahsia sekarang, BINTANG ITU ADALAH AKU. aku menjauh kerana aku tak mahu ada yang menderita. aku mahu bulan mencari kebahagian yang dia dambakan semasa  dia tiada bersama aku. dan betapa pun aku tak ingin lagi menemani bulan, tetapi kadangkala aku sangat merindukannya. dan ketika itu aku akan menatap bulan dan mendengarkan percakapan semesta. tapi bintang hanya diam membisu, mendengar dan melihat dari bumi. tidak mampu menggapai langit.


untuk soalan itu "kau masih berharap dengan dia? kau masih sayangkan dia?" jawapan aku mudah, dimana pun dia... dimana pun aku.. selagi Allah memberikan rasa itu, aku akan sentiasa beristiqamah dengan rasa itu. selama ini.. aku tak pernah berharap, tetapi aku bersabar.. kerana aku percaya janji Allah. yang Allah itu maha adil, Dia mencipta setiap manusia dengan sebaik-baik takdir. jadi hanya mampu sujud syukur atas segalanya.. aku mensyukuri kerana apa yang terjadi waktu ini membuat hidup aku  ADA HALA TUJU.

airmata lelaki. airmata perempuan




when your heart start to burn,  and your heartbeat speed up , when your stomach tighten, and your lung close up, when your tears rush to your face faster than you ever dreamed possible, that is the worst pain you will ever feel, that's your heart breaking

semua orang merasa, sakitnya menahan hati yang terluka. sakitnya melebihi segala-gala nya. ironi nya ini lah sebuah kehidupan, disaat kita ketawa, ada yang sedang menangis hiba, disaat kita sedang menangis , ada yang sedang berbahagia disana. kadangkala, kita rasakan yang kita dah jadi yang terbaik untuk seseorang, tetapi adakah dia turut merasa yang sama?


luahan airmata seorang lelaki


kau sedih? kau faham perasaan dia. tapi kau pernah tau apa yang aku rasa? perasaan aku! kau seorang sahaja  y menderita? kau y terluka? pernah fikir apa aku rasa masa kau tolak aku? selama ni bila kau mintak masa, aku bagi, aku xganggu kau exam, xganggu kau study, tp kenapa kau xboleh tunggu aku jelaskn semuanya? aku tunggu kau lagi lama la! 
kata-kata yang penuh emosi. hanya aku kau sebagai pengganti diri. derita kah diri mu wahai lelaki? sedih kah hati mu dengan semua ini? suatu ketika dulu, airmata lelaki itu pernah menitis, melepaskan amarah pada diri sendiri, menumbuk dinding konkrit yang keras tanpa pedulikan kesakitan yang ada. bengkak jari- jari nya. merah. sakitkah kamu wahai lelaki, sakitkah hati kamu melebihi sakit yang zahir itu. airmata itu tak berhenti menitis. menitis laju. mungkin selaju degupan jantung nya. disitu duduk seorang perempuan, yang turut sama menangis. memegang jari-jari si lelaki yang merah. yang mula membengkak. sakit dan pedih hati nya melihat lelaki yang dia sayangi menangis, menyakitkan diri sendiri. perempuan itu buntu.
saya tak letak diri awak rendah, saya cakap semua tu ketika saya marah... dan itu jugak sebabnya kita perlu berpisah.. you deserve better than me.. mungkin betol kata awak, lebih baik memilih orang yang sayangkan kita daripada orang yang kita sayang.. saya doakan awak berjumpa jodoh yang lebih baik dari saya zahir dan batin...yang boleh jaga awak seumur hidup awak... saya tak sanggup tengok awak sedih atau derita disebabkan saya... i'll pray the best for your life.. thanks for your love and what you had sacrifice for me.. i'll never forget the moment we have been together.. 
hati lelaki itu adakah sesiapa yang memahami? kadang kala, kita merasakan kita sudah melakukan yang terbaik untuk seseorang, tanpa kita sedari apakah perasaan sebenar yang tersembunyi di dalam hati itu. mungkin hati dia juga sedang sakit, mungkin.. siapa tahu.. hanya dirinya, dan Allah yang mengetahui. di sebalik keegoan seorang lelaki, ada kasih sayang dihati nya.. di sebalik ketegasan seorang lelaki, ada kelembutan yang ditutupi. kerana dia fitrah seorang lelaki.. semoga ada yang dapat memahami hati lelaki itu..


luahan airmata perempuan


aku tak tahu siapa kau ketika itu. tetapi melihat dan merenung wajah kau walaupun sesaat telah mendatangkan selaut sakinah ke dalam diri. Di tangan mu terkejap Al- Quran. kau langsung duduk, tekun mengulit satu demi satu helaian. aku hanya memandang dari kejauhan, ingin mendengar setiap butir bacaan kau. melihat rakan-rakan yang teruja melihat diri kau yang sedang duduk keseorangan.. menatap kalam Allah. 
awak, semalam.. hari ini.. saya menangis teringatkan awak, tetapi saya tahu.. awak adalah ujian hati yang Dia beri pada saya. saya tak mahu membenci awak, kerana ada kegembiraan yang awak beri pada saya..  saya tak mahu berdendam, kerana ada kebahagian yang awak beri pada saya. awak pernah beri saya senyuman, bukan hanya derita. saya lepaskan awak dahulu, sebab saya tahu awak akan kembali pada saya hari ini, dan saya lepaskan awak sekarang, kerana saya percaya janji Dia. bukan saya mengalah, bukan saya tak cukup kuat.. tetapi saya hanya pasrah. dan saya sedar redha itu indah. saya tahu.. saya bukan sebaik-baik manusia, terima kasih atas doa awak. saya juga akan selalu doakan awak. semoga awak belajar bersungguh-sungguh, semoga awak dapat pekerjaan yang bagus... dan mendapat kebahagiaan yang awak cari... saya tak janji apabila kita bertemu nanti hati saya tetap pada awak, tetapi saya berjanji akan dapat lupakan kisah-kisah derita kita. kerana hanya dengan itu kita dapat melepaskan kisah-kisah semalam, dan dapat menjalani masa hadapan... 


dia masuk kedalam bilik air, perlahan.. tanpa membuat sebarang bunyi.. dia membuka air, dan membiarkan curahan-curahan air itu jatuh di badan nya.. biarkan airmata itu mengalir dengan laju, kerana tak sesiapa dapat mendengar tangisan nya itu. tiada siapa yang melihat airmata yang bercampur bersama curahan-curahan air yang turun seperti lebat nya hujan.. tiada siapa melihat dia menahan kepedihan. tak siapa melihat. dia menutup segala perasaan nya seperti dia menutup pili air. dia membuka pintu, dan meletakkan satu senyuman palsu. senyuman yang penuh kesakitan.


kita tak mungkin mampu buat semua orang bahagia, tetapi apa yang mampu kita buat adalah mendoakan kebahagiaan mereka. mungkin hanya sebuah cerita, atau mungkin kisah-kisah hati yang sedang terluka. hanya hati-hati yang terlibat mengetahui. mungkin bukan hati lelaki dan perempuan ini sahaja yang menangis. mungkin ada yang juga sedang merasa kesakitan yang sama. kata seorang sahabat, setiap orang mempunyai fikiran yang berbeza. melihat sesuatu perkara dengan sudut pandangan yang berbeza. mungkin ada yang menipu untuk menjaga hati orang yang dia sayang, atau mungkin ada yang senang berterus terang melukakan hari ini, untuk tidak melukakan di masa hadapan. itu lah unik nya ciptaan Allah. walau apa pun yang terjadi hari ini, adalah hikmah untuk masa hadapan. redha itu indah, sabar itu manis. sematkan satu didalam hati "aku percaya dengan janji Allah, yang Dia takkan biarkan hamba-hamba Nya menangis, melainkan kerana Dia rindu hamba Nya mengadu, dan kerana kesedihan, kesakitan, bahkan hanya terkena duri sekalipun adalah penebus dari dosa-dosa yang pernah kita lakukan" terima kasih Allah, aku mensyukuri apa yang kau berikan..

bicara aku



 

kalau kita sayangkan seseorang itu, lepaskan dia pergi, jangan kita halang dia. andai sudah tersurat dia milik kita, suatu masa nanti dia pasti kembali kepada kita walau sehebat manapun pengganti y dia jumpa. kalau dia bukan untuk kita, kejarlah kehujung dunia tetap tak kan jadi milik kita. tetapi jika dia memang ditakdirkan untuk kita, biarlah dia berlari ke hujung dunia sekalipun, akhirnya dia akn datang pada kita.



p/s : i love beach so much.. i love to be there alone. now, rasa nak lari, lari dari segalanya. nak sambung degree kt tempat yang jauh dari dia. bawak diri? mungkin ya, mungkin tidak. aku tak mahu membenci, aku tak mahu berdendam sebab dunia ni kecik je. kalau boleh, kalau aku ditakdirkan terjumpa dia lagi, hati aku dah dapat memaafkan segala nya. dalam hidup ni banyak perkara yang kita nak buat, aku nak dahulukan apa yang lebih penting, bukan perkara itu tak penting langsung bagi aku, kalau suatu hari perkara itu memang ditakdirkan untuk aku, syukur alhamdulillah. buat masa ni aku jumpa ketenangan. terima kasih untuk orang2 yang selalu disamping aku, sayang itu akan selalu ada jika Dia benarkan. doakan lah aku ;)


if it stopped, would u miss me?




10/2 tamatkan latihan industri di HUKM. penat itu mesti, dan aku suka kesibukan yang aku hadapi sepanjang masa di sana. having fun with fren, sabar dlm belajar dan bekerja tanpa memikirkan segala macam perasaan yang ada macam sekarang.  sebelum balik pahang, malam tu tak sihat and wanna have a sleep that time , suddenly get a call from someone.

dia  : ma kat mane?
aku : ma kat uma sewa la, nape?
dia : kt cheras now.. kita jumpa? nti ma nk balik da. org dtg uma ma k.. 

tunggu dia sampai uma n aku kluar. dengan aku y tak xberapa sihat , dia tgk selekeh nye aku mase tu. but im getting better when see that faces. langsung tak rasa terbeban. hati aku masa tu.. tawar, terlalu banyak rasa y aku pendam kan. g uptown cheras, n im happy with it.. da lame tak jumpa dia. 

aku : ma selekeh camni kluar..pucat. pakai sluar track je..maaf..
dia  : nape? ok je ni, kan bagus mcm ni.. natural...

tengah minum, ada baby kecik dtg, maybe dalam setahun dua. baby tu panggil kucing y duduk bawah kerusi aku. miaw miaw baby panggil, comel sangat mulut baby tu.. aku just diam, sebab aku xpandai layan budak. aku tengok dia layan baby tu. sedih.. itu y aku rasa saat tu. someone yang aku pernah simpan impian untuk hidup bersama , bina keluarga, ada anak anak, tapi impian itu dah hilang kemana. impian tu tak hilang, tapi aku cuba lupakan jauh di sudut hati aku.saat tu jugak ada lagu ombak rindu. lagu tu wt aku sedih.

sblum ni kata dia "nape xnak g tgk cite tu? ma takut rindu tu dtg?"

tuhan tlg lembutkan hati dia, untuk terima ku seadanya, kerna ku tak sanggup.. kerna ku tak mampu hidup tnpa dia disisiku, 

dia nyanyi seiring dengan lagu tu. aku ingat lagi apa yang dia kate dulu, dia bukan lelaki yang minat nak nyanyikn lagu utk perempuan. bila tiap kali dia nyanyi sendiri mesti aku dengar baik2. even aku tau, dia nyanyi bkn utk aku. aku hanya diam dengarkan suara dia. cepat sangat masa berlalu.

going back from uptown sebab da lewat malam. duduk depan rumah ang berborak. banyak benda yang kami cakap, tapi aku masih rasa terlalu banyak perkara tak terluah. bila dia bercakap, aku akan tengok muka dia, aku rasa ada ketenangan disitu. aku sedih, atas apa yang dah berlaku pada kami selama ni. kelukaan demi kelukaan pada aku dan dia. aku tak pernah salahkan dia, marah kan dia atas semua yang da jadi, sebab aku tau banyak silapnya aku masa hubungan kami. betul la kata orang, relationship ni bukan untuk dia lengkapi aku, tetapi saling melengkapi. 

dulu aku tak matang dlm hadapi relationship dengan dia, marah, airmata selalu ada. but now im realizes everything happen utk matangkan aku untuk relation y akan datang. terima orang y ditakdirkan dengan aku seada nya. mencintai kekurangan, dan mensyukuri kelebihan y seseorang itu ada.

hantar langkah dia dgn pandangan. sedih. tapi hati aku tetap rasa bahagia. bahagia sb masih boleh tatap wajah itu dengan status kawan.. ;') aku tak mahu dikecewakan dan di kecewakan. aku takut. kalau bukan aku, mungkin hati mereka y akan terluka. hati aku juga sakit kerana seperti aku melukakan diri aku sendiri.  aku doakan dia selalu bahagia, even bukan dengan aku. semoga kita ketemu sesuatu yang akan membahagiakan semua orang.

lesson that i had learn, please dont lie to urself, jujur, aku cuba tipu diri aku sendiri. love, miss, everyone can say it, but not all of us can mean it. Trying to be friend with a lot of people coz i wanna forget the only one who most i remember in my day. I dont want to do the same mistake, keep on pretending that i’m ok, but i’m crying , dying inside. I dont wanna hurt anyone else, maybe this is the way i should choose from the early.

dear heart please be with someone when u’re ready. terasa with this word. when u are ready not when we want to forget on someone. Its really hard, mungkin mudah untuk orang lain, tapi tak mudah untuk aku. dulu, aku selalu memerhati kenapa dan kenapa mudah sangat seseorang itu melupakan seseorang. Mungkin itu cinta budak2, mungkin itu cinta belasan tahun, but when i become 22 years i keep on thinking, it is the right what i have done. Terbeban. 

when i make on a decision, im not afraid that i will be alone, coz i really need to be alone. i dont wanna hurt some who doing the best for me. i apreciate , but i should do this. my heart saying that this is the better way for him, hoping he understand why im doing this.


the truth hurts, but it doesn’t kill. the lie pleases, but it doesn’t heal. OFF

KAU HAK MILIK AKU SEORANG




kau hak aku la, aku berhak nak tentukan apa yang boleh apa yang tak boleh. kau kena ikot cakap aku, sebab kau boyfren girlfren aku. perghhhhh.. ni situasi apa ni? mengongkong, dikongkong.  derrr, soalan aku la kan, lelaki atau perempuan kuat mengongkong? sape kate perempuan sahaja? puih memang tak la der. buat si pengongkong, wehh kau tak rimas ke? buat yang dikongkong , derrr tak kesian kat diri sendiri ke? betol ke semua ni tanda dia terlalu sayangkan kita? aku letakkan pada situasi


lelaki: nape lambat jawab tepon? pegi mane?
perempuan: tadi g kafe fon tertinggal dalam bilik.
lelaki: tipu, kau pergi menggatal la tu kan, sb tu tak bwk fon
perempuan: .......


kenapa,mengapa? kenapa mesti ada sikap y macam ni. bagi aku la kan, dalam bercinta, atau dari semua segi perhubungan pun mesti ada batas dan privacy untuk diri. xbole terlalu mengongkong, tak bole terlalu lepas tangan. first aku nak cakap pasal lepas tangan.derr, maksud gua bukan lu lepas tangan dia. tapi sikap yang terlalu memberi kelonggaran. kau biar dia buat je apa dia suka sampai pasangan korang rasa terabai sungguh


lelaki: hari ni aku nk pergi jalan-jalan dengan kawan perempuan. perempuan: ooh, okey have fun. hati-hati kua :)
lelaki: .....

mesti terdetik kat hati si lelaki " dia ni tak cemburu pun, biar je aku keluar dengan perempuan lain,ni mesti dia bukan betol sayang aku " wehh der, perempuan memang ada yang jenis ni, sapa kata semua perempuan kuat mengongkong. tak semua der. 80% mengongkong, aku dalam linkungan 20% . bajet tak gua wahahah. 


aku suka bercinta stail single. maksud bercinta stail single? meh sini aku terangkan, the friendship remains. perasaan tak kelihatan oleh orang lain but at the same time, we know who we are. CANT OVERACT.sayang dengan sederhana, tak cemburu buta,tak mengongkong. sebab dari awal dah decided untuk not to tie a relationship.sape kata ini ciri orang y xnak terikat dengan komitmen, cenderung curang, iaitu orang y tak mahu tied a relationship. derr, kalau kau buat publish in relationship kt facebook bagai, publish satu dunia bagai, kalau kau nak curang kau curang jugak. 


second aku nak bagi situation pasal terlalu mengongkong. ini tak boleh itu tak boleh. habis apa je y bole buat? kau pernah dengar tak , aku tak tau la peribahasa ke perumpamaan "kalau kita sayangkan sesuatu, jangan terlalu mengenggam dengan kuat, nanti ia akan pecah di tangan kita sendiri". kalau kau sayang kan seseorang tu, tentu kau tak nak hubungan kau pecah berderai.


lelaki: nak pergi mana-mana, wajib bagitau aku.
perempuan: aku nak turun sogo jap jumpa member.
lelaki: lelaki ke perempuan?
perempuan: kawan girl, boleh kan ?
lelaki: tak boleh, aku tak izinkan.

lelaki: kat mana tu? dengan siapa?
perempuan: kat cafe, baru nak makan.
lelaki: apehal aku dengar suara lelaki kat situ! kau menggatal ye
perempuan: ......

lelaki: bak kau punya pasword email, fb, twitter, segala laman social bagai y ko ada.
perempuan : ******** ni pasword nye.
lelaki: jap aku nak p bukak, kang ko tipu aku
lelaki: ni sapa ni, nama adam mukriz, izzul islam, scandal kau ye!
perempuan : .......

lelaki: bak sini henfon, nak tengok kejap.
perempuan: nah, amek la,
lelaki: ni mesej siapa ni? hari-hari ke mesej ngan laki ni?
perempuan: kawan sekelas.
lelaki : ahh kawan sekelas pon aku tak suka.


kau tengok si lelaki ni, member pompuan pon tak boleh. si perempuan da macam isteri kau dah. kena mintak izin bagai. segala pasword mintak, segala mesej dibuka walau mesej sebulan y lepas. tak dibenarkan berkawan dgn mana-mana lelaki pon walaupon classmate korang. kenapa mereka ni cenderung bersikap macam ni. gua hairan jugak, tapi from a research la the reason people become possessive is due to their insecurity,takut kehilangan cinta mereka, fear of being alone, immaturity and distrust. der, umo yang 23. 24. even 30 tahun pun bukan tanda pengukur tahap kematangan


siapa kata sikap macam ni tanda dia terlalu sayang. der, sayangkan orang berpada-pada. mengongkong, tak bole kua dengan kawan lelaki, tak bole mesej dengan kawan lelaki, tak bole jalan g kelas sama-sama dgn kwn lelaki, selalu dituduh curang walau setia,perkara baru yang aku belajar, either you control ur attitude, or it controls u. ur backgrounds and circumstances may have influenced our lives, but we are RESPONSIBLE FOR WHO WE BECOME. dengan sikap-sikap macam ni la buat relationship tak kekal lama. again, kalau kepercayaan kat diri korang untuk pasangan hanya ada 0.01 %, sila jangan bercinta


bagi aku simple ,dalam relationship ni, kena ada rasa tanggungjawab, so if niat nak curang pun, mesti akan terfikir rasa tanggungjawab dekat pasangan masing-masing. rasa bersalah nak buat tak baik belakang pasangan. kalau semua orang boleh apply semua ni dalam hidup maka takkan jadi la masalah kau kongkong aku, aku kongkong kau. kau curang aku pun curang. so kita kena jadi manusia yang ada rasa tanggungjawab. KEPERCAYAAN,KESETIAAN,KEJUJURAN ,ini pakej.kalau salah satu tiada, maka cinta tu xda makna. jadi, sila percaya pada pasangan, if pernah kecundang sb sikap ni, maka berubah lah ;)

Kisah y meninggalkan dan y di tinggal kan



Dia beri kita dua telinga untuk mendengar, dua mata untuk melihat, tetapi kita selalu salah mendengar, selalu salah melihat,

We_need_cohesion_by_jigokuonna-d2zkqgb_large 

tetapi kenapa Dia hanya beri kita SATU hati? tetapi mengapa kata hati selalu benar? hebat nya hati..

kita lahir hanya dengan SATU hati jauh di dalam diri kita, ia dekat pada kita, letak tangan di dada, tak nampak di mana ia berada tetapi kita dapat rasakan ia ada disini, didalam diri kita...

hati yang didalam ni mengingatkn kita pada penghargaan, pemberian cinta diharapkn berasal dri hati kita y paling dalam. setiap kali aku kegusaran, aku buntu. menangis itu satu luahan aku, sesak nya dada bila hati kita sakit... dlm kepayahan menahan airmata, bertanya mengapa kamu duhai hati?

bila hati menasihatkan diri, jangan lah bersedih atas sesuatu yang kamu sendiri tak pasti , hilang segala sesak didada , hilang airmata dimata...


jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia, sebagaimana kita tidak menyukai dipaksa menyayangi org lain. sayangi lah walau hanya dalam hati. aku termotivasi dengan satu kata- kata ini , pasti kamu juga suka kan nya :

( kata-kata dari Dr Cinta )
"kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya dan Allah takkan bagi. tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa."


jika aku xbersuara pun, Allah tetap tahu, kerana dia maha mengetahui hati manusia. beruntung hati. jika hati boleh luka berdarah sebegini, pasti aku tak sanggup melukakan hati sendiri dan hati insan lain


hati bersuara seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku ya allah, bawalah dia jauh dari pandanganku kerana aku tak mahu melihat, luputkan lah dia dari ingatanku kerana aku tak mahu mengingat.. agar hati aku sentiasa tenang.

cerita tentang y meninggalkan dan yang ditinggal kan... hanya hati yang terlibat yang tahu, termasuk Dia yang mencipta hati... y terjadi biar saja terjadi, hidup hanya cerita yang telah di tulis.. 

kerana engkau seorang sahabat



sahabat ,


sekarang umur kita dah 22 tahun. kita dah berkawan lebih kurang 14 tahun. susah kan nk kekalkan persahabatan selama ni? jadi aku xnak sia-siakan kau. sb kau sahabat yang aku xcari, kau dtg tanpa aku sendiri sedari.. mengimbau kenangan lepas, terasa sangat sebak. terlalu banyak kegembiraan yang kita lalui bersama. kita xsedar kan bila kita mula berkawan. kita main basikal (kau bagi aku pinjam basikal sb aku xde beskal ). nenek aku nak baling aku pakai buah sukun busuk lembik kat aku sebab naek beskal kau. kita main nyorok2 blakang umah imon, aku sampai baring dlm semak, dan selalu nya aku la orang2 terawal y dijumpai . sebak.. itu y aku rasa sekarang. mungkin sebab aku sgt rindu dgn masa- masa kita dulu. 


sahabat ,

dulu dan sekarang, kau orang yang pertama aku carik bila aku balik pahang. seramai mana pun orang yang aku jumpa.. tak sama dengan kau. kita sama. tak suka berkawan dengan perempuan. bagi kita "perempuan penuh dengan drama". kita suka berkawan dengan lelaki. sebab lelaki simple, lelaki tak banyak songeh, lelaki jarang busuk hati, lelaki jarang nak cemburu2 dengan sahabat sendiri. kita simple, kita xmenggedik, kita tak manja2 hipokrit aku syg kau, kau syg aku, tapi kita gembira bukan?


sahabat ,

bila ketawa, kita ketawa sama-sama. mengimbau imon tergolek jatuh moto. mengimbau mengorat2 cikgu. mengimbau kenakalan yang pernah kita buat. kau teman aku dating, kau antar aku dating. first love tuh. mampos kalau abah aku tau mase tu. mesti kena pelangkung dgn selipar jepun. sampai sekarang aku tak lupa. bila dia tinggalkan aku dulu, aku menangis luah kan kat kau. buruk kan aku menangis? huuu. padan muka aku


sahabat,

kau ingat tak? dulu kau selalu jugak datang uma aku. kita masak sama-sama, pastu kita makan sama2. tapi bila aku sambung belajar, semua tu dah tak de. orang lain yang teman kan aku makan kfc, pizza. orang lain yang teman aku study. tapi tetap tak sama macam kau. now bila aku balik pahang, capai moto kita g makan burger, kita g mimum abc, walau tak sehebat pizza, walau xsesedap kfc. aku akan sentiasa hargai waktu2 kita. 


sahabat,

aku nak kau tahu... sejauh mana kaki aku melangkah, sejauh mana aku pergi.. kau tetap jadi yang terbaik.. aku tak janji yang aku akan selalu ada, tapi aku janji yang aku akan sentiasa sayang kan persahabatan kita. mungkin tak nampak pada tingkah laku aku, tapi Allah maha mengetahui keikhlasan hati seseorang.. aku berharap, aku juga sahabat y baik didalam hati kau. akhir kata. aku sayang kau sahabat. dari dulu, sampai bila-bila..


p/s : tadi kau mesej fb aku, kau kate kau selak album lame, n ade gambar2 kita berdua. terbukti kau syg aku jgk kan? wahhahaa. kantoi suda. jgn la malu. aku pun syg kau. kau sahabat dunia akhirat aku, insya Allah..;')

Tiba-tiba rindu menyerang...





saya : jangan datang!
rindu : nakkk jugakkkkk!

saya: jangannn! saya tak suka!
rindu: takk, awak perlukan saya!

saya: saya tak nakk 
*tapi dengan nada yang semakin kendur dan slow, ada esak di situ*

rindu: kenapa awak tak nak saya?
saya: sebab bila awak ada, saya rasa sedih, sebab awak ingatkan saya pada dia..

rindu: awak kan sayang dia,,
saya: memang saya sayang dia,,

rindu: sebab awak sayang dia lah awak perlukan saya.. kalau awak tak suka saya, maknanya awak tak sayang dia..
saya: tak takkkk, bukan macam tu..

rindu: habis tu, macamana?
saya: sebab… sebab… saya nak dia selalu dengan saya. sebab tu saya tak perlukan awak. awak tak boleh pun buatkan dia datang dekat saya sekarang.

rindu: awak, awak dengar sini..

rindu itu sangat manis bila manusia boleh merasai nya, ia datang bila dua manusia berjauhan dan rindu itu melengkapkan rasa sayang yang ada antara mereka ..


P/S : mood hari ni, miserible. tapi xpelah, aku tau aku kuat. aku tau aku boleh tempuh semua ni. aku sibuk menjaga hati orang lain hinggakan hati aku sendiri dibiarkan luka.. aku asyik dengan mengembirakan orang lain sedangkan hati aku sendiri dibiarkan kesedihan.. siapa lagi yang memahami hati ni selain diri aku sendiri & juga Allah. org selalu kata, sabar itu manis. semoga aku akan dapat kemanisan itu. setiap orang, akan ada sesuatu yang dia simpan. akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan. dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan. siapa pun dia, segembira mana pun dia. walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum, pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka. pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya, pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis. pasti ada. kerana dia juga manusia seperti kamu semua. ambil masa untuk memahami, bukan ambik kesempatan dlam kesempitan.. cuba untuk memahami situasi orang lain is the best way, Insya Allah. semoga aku sentiasa sabar dalam bersabar..

kamu , bolehkah aku bertanya?




Merindukah aku? Merindukah kamu? Tiada y dpt menyangkal lumrah insani yang indah di helaian kutub hati. Bukan puisi tentang cinta tapi bait kata-kata puisi hati yang telus jelas nyata membalikkan sesuatu y disebaliknya.


Kamu.. boleh aku bertanya?

Adakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan nama ku, senyuman ku, kasih sayang ku di mainan jalanan hari-hari mu? Tiada kah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum?


Kamu.. boleh aku bercerita?

Aku rindu kamu, sentiasa ingat kamu.. Kadang tikanya ada yang berlalu melintasiku memakai bauan minyak wangi yang dulunya pernah kamu pakai, akan ku toleh dan mengikutinya dalam diam sambil menghidu bau nya di angin dan tanpa sedar air mata jernih ku mengalir.. ingat kan kamu... ingat kan kamu.. rindu sungguh pada kamu..


Kamu.. boleh aku bertanya lagi..?

Kamu bahagia di sana? Kamu gembira di sana? Senyumkah kamu di sana? Tawa kah kamu di alam tanpa ku? Telah ketemu kah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah yang kamu dambakan? Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?


Kamu.. boleh aku bercerita lagi?

Aku rindu kamu, sentiasa memandang kamu.. ikhlas aku mahu lihat kamu bahagia. Dan laksana itu aku menjauhkan diri membawa kata hiba untuk diri ini. Tiap kali aku memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai kamu pada mata jiwa ku.. aku memandang kamu yang bercahaya gembira di sana... Dan maha sesungguhnya aku mahu berada di samping kamu bertawa gembira, bercahaya purnama tapi aku pilih untuk melihat dari jauh demi bahagia kamu


Kamu.. boleh aku bertanya.. mengapa airmata ku mengalir tika menitipkan kata monolog jiwa ku ini? Sengsara kah aku?..


- Muaz Hadi