andai itu takdir Nya..salam rindu buatmu.




awak..

girl, sad, happy, life

izinkan saya untuk meluahkan rasa, maafkan saya andai awak terasa
saya sedar siapa diri saya, saya tahu status diri saya
saya telah cerminkan diri saya ini, saya hanyalah gagak dirimba
mana mungkin terbang bersama merak kayangan
saya tidak punyai apa-apa, yang saya ada hanya rasa ini
saya telah cuba sedaya upaya untuk tidak menganggap awak istimewa
tapi saya tak berdaya kerana hati kecil ini mengatakan sebaliknya



awak..


semakin saya cuba melupakan awak, semakin kuat saya mengingati awak
entah kenapa? saya pun tidak tahu
saya tidak tahu mengapa awak begitu dekat dengan hati ini
maafkan saya kerana menyintai awak,berdosakah saya kerana menyintai awak?



awak..


terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup ini. walaupun hanya seketika..
saya tetap rasa bahagia bila mengingat detik-detik itu
walau kadang2 saya berkecil hati dengan apa yang awak lakukan 
tapi saya telah lupakan semua itu, saya telah memaafkan awak
dan saya harap awak memaafkan saya



awak..


Bila saya terima awak dulu, saya dah tutup pintu hati saya 3 tahun,
tapi bila saya jumpa awak.. saya ikhlas sayangkan awak
tapi awak tak pernah percaya
tak pernah saya terima awak kerana nak lupakan cinta pertama
awak,biarlah saya terseksa, biarlah saya derita
asalkan awak bahagia, saya doakan yang terbaik untuk awak
andai ini ketentuan takdir, saya doakan awak berbahagia


niat saya satu,
memohon kemaafan atas hadirnya saya dalam hidup awak
jika awak masih mengingati saya,
andainya saya sudah tiada lagi didunia ini
sedekahlah Al-Fatihah buat saya,
tanda kita pernah kenal semasa didunia ini
saya xnak saya menyesal tnpa sempat katakan y saya sayangkn awak
dari dulu rasa tu xpernah ada kepuraan.. tapi semua nya dah berakhir.



awak..


maafkan saya sebab hadir dalam hidup awak 
hadirnya saya hanya cebisan yang tak bermakna
biarlah kisah-kisah silam menjadi kenangan
akan saya simpan kemas dalam hati ini 
coretan terakhir untuk awak,
sebab saya xkan hadir dalam hidup awak lg

semoga awak temukan bahagia yang awak cari


di dunia mahupun di akhirat. amin

6 comments

Tuesday, October 18, 2011 6:59:00 PM

rse cm bce lirik lagu la..hehehe

Friday, October 21, 2011 9:54:00 PM

ase mcm bce puisi a.samad said.. hehe

Monday, October 24, 2011 4:43:00 AM

sedeh la... kene betul dengan org yg patah hati mcm sy.. huhu..

Saturday, March 03, 2012 9:03:00 PM

@EnciK AxixOu lagu ape?...

Saturday, March 03, 2012 9:03:00 PM

@payed pun bole.. ;)

Saturday, March 03, 2012 9:04:00 PM

@Ms. LaLAjgn la sedih.. hurmm.

Post a Comment